• Dan Tuhan
  • jxd_202308091233_0001 - Copy (2)
  • plm_202308091234_0001 - Copy
  • photo_2023-08-09_14-30-12
1

DAN TUHAN AKAN TETAP MENJAGA KITA - FAKHRI FADZLI

Regular price
RM 49.00
Sale price
RM 49.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: TENTANG KITA

Penulis: FAKHRI FADZLI


Allah menciptakan hati dengan sifatnya yang paling 'alami', iaitu mencari ketenangan.

Tanpa melakukan apa-apa, tentu sahaja hati itu akan berusaha; merangkak mencari cahaya ketika ia sedang kegelapan, meraba-raba mencari jalan keluar ketika ia sedang kesesatan.

Tidak hari ini, esok. Tidak esok, lusa. Tapi yang pasti, hati yang sedang sakit akan tetap sembuh. Seberapa lamapun tempohnya.

Tentu sahaja al-Quran itu sendiri ialah wahyu yang penuh sifat as-syifa' (kesembuhan), dan di dalam setiap huruf, kata dan ayat, terselit seribu ubat untuk seketul hati yang sdang melarat.

Dan ketika kita semua masih belum berhasil memahaminya, terhalang dengan banyak hal, pesan-pesan sembuh dari Ayat Kursi yang dicerakin dengan amat teliti oleh Fakhri Fadzli ini hadir menjadi rentasan buat kita yang meronta-ronta mencari Tuhan.

Rupa-rupanya dari ayat yang sering kita baca, ada ubat yang tidak terkata mujarabnya.


Kenapa Ayat Kursi?

Sebenarnya telah lama persoalan ini bermain di fikiran saya. Ada apa dengan Ayat Kursi? Kenapa ayat ini digalakkan untuk dibaca pada setiap pagi dan petang, setiap kali selepas solat fardu serta sebelum tidur?

Pastinya, pengulangan dalam membacanya ada memberikan apa-apa isyarat. Mustahil Allah SWT dan Rasul-Nya memerintahkan kita untuk melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak bermanfaat.

Maka, beginilah perjalanan saya memahami Ayat Kursi bermula. Untuk memahami kedudukan dan kepentingan ayat ini, tidak ada penjelasan yang lebih lengkap dan sempurna berbanding penjelasan Nabi Muhammad SAW.

Hal ini kerana Baginda SAW-lah orang yang diturunkan kepadanya al-Quran dan pastinya Baginda SAW merupakan orang yang paling mengetahui makna, kedudukan dan kemuliaan al-Quran ini.

Jadi, adalah penting untuk kita berikan perhatian terhadap apa yang Baginda SAW sifatkan tentang al-Quran secara umum dan tentang Ayat Kursi secara khusus.