• di saat.png
  • cinta.jpg
  • cinta-back.jpg
1
SALE

[SUARA HATI PULICATIONS] DI SAAT CINTA ITU DATANG

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: IMPIANGELLA


Kedegilan Aairin Tahany pada malam itu menyebabkan orang yang disayangi tergadai maruah diri. Perasaan bersalah menghantui diri. Dek pengorbanan Auntie Su itu, Aairin sanggup buat apa raja untuk Auntie Su. 

Dia dihina, dicemuh malah dia disakiti dan dikasari. Berharap, agar Tanya dapat mengurangkan rasa bersalahnya pada Auntie Su. Empat tahun Aairin lari daripada realiti, akhirnya dia terpaksa kembali berhadapan dengan semuanya. Nekad mahu merungkaikan ikatan yang terjalin atas rasa bersalahnya. Bagi Aairin, kebahagiaan tidak akan wujud dalam hubungan mereka. 

Namun, tidak bagi Aaidan. Bukannya dia mahu melupakan apa yang telah berlaku, tetapi mahu menerima sebuah kenyataan hidup yang perlu melangkah ke depan. 

"Anna adalah masa silam abang. Aairin adalah masa depan abang. Kita hidup berjalan ke hadapan bukan ke belakang. Abang tak akan sesekali berpaling semula ke belakang Aairin." - Aadian Naail. 

Di saat cinta itu datang, segala-galanya menjadi rumit. Kisah lalu kembali menghantui. Kebahagiaan yang baru terbina dilanda masalah. 

"Jangan tinggalkan abang."- Aaidan Naail 

"Awak memang kejam Aaidan!"- Aairin Tahany 

Di sebalik penderitaan itu, ada yang merencana rupanya. Perlahan-lahan semuanya terungkap. Namun, mampukah hubungan itu dipertahankan setelah kemunculan semula seseorang itu? Dan Iayakkah Aairin menerima semua penderitaan kerana kesalahannya itu?


PETIKAN BAB 1


"AIRIN...." Sayup-sayup telingaku mendengar namaku diseru. 

"Aairin... bangun Aairin. Aairin Tahany!" 

Kali ini panggilan itu disertai dengan goncangan kuat di bahuku dan diselang-selikan dengan tepukan lembut di pipiku. 

Aku mencelikkan mata. Dah celikkan mata, aku bangkit daripada pembaringan. Mata melilau memandang sekeliling Dan akhir sekali mata disapa dengan wajah kerisauan seorang wanita yang berdiri di depanku. Dia yang mengejutkanku daripada lenaku.

 Sebuah keluhan berat aku lepaskan daripada mulut. Aku bermimpi lagi! Dah acap kali peristiwa itu muncul dalam mimpiku dan wring kali juga mengganggu malam-malamku. 

"Kau okey tak ni'?" soal Salwa risau.

Aku angguk sekali. Air mata yang bersisa di hujung mata aku seka dengan hujung jari.

 "Mimpi benda yang sama lagi?" soal Salvia Aku mengangguk. Mimpi yang menggangTh, lenaku empat tahun kebelakangan int. Mimpi yang merupakan peristiwa yang tidak mungkin akan dilupakan. Peristiwa yang berjaya merubahkan kehidupanku hari ini. Aku angkat kepala memandang wajah Salwa. Setiap kali terjaga daripada mimpi, wajah itulah yang sering menyapa mataku. Tak kiralah malam atau slang buta, wanita itu selalu ada mengejutkan aku. Bahkan, sering kali juga dia menemaniku tidur malam. "Kau okey tak ni?" Kepala aku angguk. Seperti biasa, Salwa akan bettanya mengenai mimpiku. "Kau mimpi apa sebenarnya? Hampir setiap malam, kau terjaga disebabkan mimpi tu. Bukan sehan dua dan bukan juga seminggu dua. Tapi, empat tahun sejak kau berpindah kat JB ni." Dan seperti biasa juga aku tak member' sebarang respons pada soalannya. Aku membisu. "Aku tahu kau takkan jawab soalan aku tu. Kau dah lama simpan tau benda tu sorang-sorang. Aku nsaukan kesihatan kau. Kau kena jaga diri. Kalau nap ma'am tak cukup tidur, boleh jatuh sakit tahu tak. Aku tak nak kau jatuh sakit lagi disebabkan benda nit, War Salwa sambil menepuk bahuku perlahan.
lagi.