• FAHAMI.png
  • 0.PNG
  • 1.PNG
  • 1-1.PNG
  • 2.PNG
  • 3.PNG
  • 3-3.PNG
  • 4.PNG
  • 5.PNG
  • 6.PNG
  • 7.PNG
  • 8.PNG
1

[PTS] FAHAMI BACAAN DALAM SOLATMU- ASAS KHUSYUK KETIKA SOLAT

Regular price
RM 14.25
Sale price
RM 14.25
Regular price
RM 19.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Fahami Bacaan Dalam Solatmu

 

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. 

Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalam pembaca.

Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Ia boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi ataupun sebagai panduan dalam kelas pengajian orang ramai.


ISI KANDUNGAN

 

Prakata

Kata Pengantar

Tujuan dan Kelebihan Solat

Bab 1 : Syahadah

Bab 2 : Berwuduk dan Niat Wuduk

Bab 3 : Azan dan Iqamat

Bab 4 : Niat Solat

Bab 5 : Doa Iftitah

Bab 6 : Surah Al-Fatihah

Bab 7 : Ayat Ayat Lazim

Latihan Tambahan Bab 1 hingga Bab 7

Bab 8 : Bacaan Semasa Rukuk, Iktidal dan Sujud

Bab 9 : Doa Duduk Antara Dua Sujud

Bab 10 : Bacaan Tahiyat Awal

Bab 11 : Bacaan Tahiyat Akhir

Bab 12 : Doa Qunut Dalam Solat Subuh

Bab 13 : Doa-Doa Selepas Solat

Latihan Tambahan Bab 8 hingga Bab 13

Glosari


Cara menggunakan buku ini:

 

Buku ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membantunya memahami bacaan dalam solat. Guru boleh menggunanya untuk mengajar pelajar membaca dan memahami apa yang mereka baca. 

Pelajar dan orang dewasa boleh menggunakan buku ini untuk belajar sendiri. 

Ibu bapa boleh juga mengajar dan melatih anaknya membaca dan memahami apa yang mereka baca dalam solat.

Bacalah isi setiap bab dalam buku ini dan buatlah latihan-latihan di dalamnya. Latihan ini mudah sahaja. 

Anda hendaklah mengetahui makna setiap perkataan, frasa, dan ayat, dan menguasai makna apa yang anda baca. Ulang beberapa kali sehingga anda betul-betul ingat dan memahaminya. Anda boleh bermula dengan mana-mana bab yang anda berminat.

Oleh kerana buku ini memberi terjemahan asas sahaja, mereka yang ingin mengetahui pengertian yang lebih mendalam setiap doa dan surah bolehlah membaca huraian mengenainya dalam kitab atau penulisan alim ulama dengan berguru daripada mereka yang arif dalam hal ini.