[MUSTREAD] ENSIKLOPEDIA KELUARGA BAHAGIA: CINTA SAMPAI SYURGA - HARD COVER
- Regular price
- RM 140.00
- Sale price
- RM 140.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: MUSTREAD
Penulis: USTAZAH ASMA' HARUN, DR. WAN NOR ADIBAH & PROF MADYA DR. NORSALEHA MOHD SALLEH
Keluarga Sakinah Bahagia Menuju Syurga
Permulaan sesebuah kebahagiaan bermula daripada keluarga yang bahagia. Hal ini kerana permulaan hidup kita bermula dari rumah dan keluarga kita sendiri. Namun malangnya, dewasa ini kita kerap mendengar pelbagai isu yang kurang menyenangkan berkaitan keluarga yang menggugat keharmonian sesebuah keluarga itu. Isu berkaitan hubungan suami isteri, akhlak anak dan sebagainya. Di manakah silapnya? Puncanya? Mengapa?
Banyak persoalan yang bermain di minda, namun sedarkah kita dunia akhir zaman sentiasa dipalit kisah-kisah pahit getir yang tidak terjangkau dek akal? Oleh itu, kami tampil dengan bingkisan lengkap panduan membentuk keluarga bahagia bertajuk Ensiklopedia Keluarga Bahagia: Cinta Sampai Syurga sebagai solusi kepada pasangan suami isteri dalam memandu atau melayari bahtera rumah tangga.
Sesuai dengan tajuknya (ensiklopedia), buku ini membincangkan dan mengulas dengan mendalam pelbagai topik dalam pembentukan keluarga bahagia mengikut syariat Islam yang merangkumi pelbagai fasa kehidupan berkeluarga, iaitu fasa sebelum perkahwinan, awal perkahwinan dan alam rumah tangga, termasuklah hal mendidik anak-anak.
Matlamat sebuah perkahwinan seharusnya untuk membangun keluarga sakinah yang pada akhirnya dapat bersama-sama menuju syurga Allah SWT
KEISTIMEWAAN BUKU INI
- Mengandungi 12 bab bagi menyempurnakan institusi keluarga bahagia. Bermula daripada memahami inti pati keluarga sakinah, cara memilih calon pasangan hidup, keperluan memahami matlamat perkahwinan, huraian mengenai hukum-hakam dalam perkahwinan, tanggungjawab dalam rumah tangga, panduan dalam mendidik anak menjadi soleh solehah, serta cara menghadapi konflik yang timbul dalam hidup berumah tangga dan lain-lain.
- Ulasan yang mendalam bagi setiap topik, diselit juga beberapa doa dan soal jawab berkaitan kekeluargaan menjadikan buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan setiap pasangan suami isteri dalam membentuk keluarga bahagia.
- Reka bentuk dan gambar berwarna, ulasan diringkaskan dalam bentuk info grafik bagi memudahkan pemahaman pembaca dan poster-poster berkaitan keluarga yang menarik.
- BONUS! 4 video eksklusif ulasan Ustazah Asma' Harun menjawab persoalan-persoalan tertentu berkaitan rumah tangga yang dapat ditonton melalui imbasan QR Code.