• Novel(11)
  • photo_2025-04-23_16-13-28
  • photo_2025-04-23_16-13-33
1

[MANES WORDWORKS] UNTUK AWAK TEJA AULIA - SYUD

Regular price
RM 36.00
Sale price
RM 36.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

PUBLISHER: MANES WORDWORKS

AUTHOR: SYUD


Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan

‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”

“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik.

Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.

“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.

“Makkk...” Adil mula memprotes. “... nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak buat

apa-apa.”

“Iya. Tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur

sapa.

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu

‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang

dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’;

‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.

Sekiranya terasa ingin muda ceria, bacalah cerita-cerita Syud. Untuk Awak Teja Aulia

mengembalikan kenangan pada waktu media sosial dan gajet tidak secanggih sekarang; dan

Aulia – Adil berjaya mengatasinya, syabas! – Noor Suraya, Editor