• PERJODOHAN VERSI NOVEL
  • PERJODOHAN VERSI NOVEL  2
1

[KASEH ARIES] - PERJODOHAN VERSI NOVEL by CIK TET

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : KASEH ARIES

TAJUK : PERJODOHAN VERSI NOVEL

PENULIS : CIK TET


Tanpa kenal di antara satu sama lain, mereka ditunangkan atas kehendak keluarga. Walau hati memberontak, namun diteruskan juga demi datuk tersayang. 

“Tiba-tiba dah jadi tunang saya. Awak tak rasa ke yang semua ni mengarut?” - Iskandar

“Awak ingat saya kebulur sangat ke nak jadi tunang awak?” - Seri

Namun selepas mereka bersua muka, tiba-tiba Iskandar mengubah keputusan. Malangnya Seri betul-betul dah jual mahal dengan dia. Lebih teruk lagi, ramai pula yang turut menaruh minat pada cik tunang.

“Lepas putus tunang nanti... saya dah boleh cari lelaki lain sebagai ganti.” - Seri

“Suka atau tidak, awak tak boleh nak pandang lelaki lain selain daripada saya, Seri.” - Iskandar

Bila hati dah terjatuh sayang, Iskandar sanggup menjadi pengemis cinta. Asalkan si idaman hati akan tetap menjadi miliknya.

“Soal nikah kahwin ni bukannya boleh dibuat main. Bulan depan kita kahwin.” - Iskandar

“Awak jangan nak buat saya jadi arwah dekat sini, Is.” - Seri

“Eh, janganlah arwah dulu. Kempunan saya nak kahwin dengan ‘sayang’ saya ni.” - Iskandar

“Iskandar Zulkarnain!” - Seri

“Tak payahlah hafal nama saya. Bukannya awak yang kena jabat tangan tok kadi nanti.” - Iskandar

Berjayakah misi Iskandar menjadikan Seri sebagai pemilik tulang rusuknya? Siapa pula Zalia yang menjadi punca Seri menolak Iskandar?