[IDEA KREATIF] MI VENENO 1 - HudaNajwa
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan : Idea Kreatif
Tajuk : Mi Veneno 1
Penulis : HudaNajwa
Tengku Aadyan Ruiz, pewaris tunggal keluarga The Ruiz. Mata kelabu cerah miliknya sering memukau sesiapa yang memandang.
Thea Radea, anak perempuan kesayangan Thariq Ridzuwan.
Dua watak yang mempunyai keperibadian sama, dingin dan beku, kembali bertemu setelah sekian lama membawa haluan masing-masing. Suatu ketika dulu, Tengku Aadyan pernah melamar Thea tetapi dibiarkan tergantung tanpa jawapan.
Tapi pertemuan semula antara mereka kali ini telah mengubah pendirian Thea. Dia mahu berikan jawapan dan mahukan kepastian daripada lelaki itu.
“Let's be serious. Do you really like me?” – Thea Radea
“I don't like you anymore, but I love you. Suka dan cinta ialah dua perkara berbeza.” – Tengku Aadyan
Awalnya, Thea mahu menerima. Tetapi kemunculan seorang kanak-kanak perempuan bermata kelabu cerah sama seperti Tengku Aadyan mengunci suaranya. Rupanya, lelaki dingin itu sudah punya anak.
"Kau... kau cakap kau ada anak.” - Thea Radea
"Aku cakap aku ada anak, aku tak ada pula cakap aku ada isteri."- Tengku Aadyan Ruiz
Namun begitu, Thea tetap menerima Tengku Aadyan sebagai suaminya kerana dia ada misi penting yang menjadi rahsia paling besar dalam hidupnya. Rahsia yang mampu menghancurkan kehidupan salah seorang daripada mereka.
Apakah sebenarnya rahsia Thea?
Benarkah kanak-kanak perempuan bermata kelabu itu anak Tengku Aadyan?