• 1(7)
  • 2(7)
  • 3(1)
1

[IDEA KREATIF] EIJAZ RAFAEL by ELYSHAKAMAN

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 30.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Muhammad Eijaz Rafael – Sebagai anggota komando, jiwanya keras. Hati batunya susah tergugat. Tapi, kerana satu tragedi, dia terpaksa menerima Adara sebagai isteri.

“Sampai bila kita akan macam ni?”- ADARA MEDINA.

“Sampai aku tahu siapa yang perangkap kita.” – MUHAMAD EIJAZ RAFAEL

Walau bergelar suami isteri, hidup mereka bagaikan orang asing. Membawa haluan masing-masing.

“Kau bukan main tengok Adara tu? Dah jatuh cinta?” - ELENA “

Aku tak ada jatuh cinta dengan sesiapa dan tak akan.” – MUHAMAD EIJAZ RAFAEL

“Kau jangan, aku takut kata-kata kau ni makan diri. - ELENA

Ya, betul kata kakaknya, Eijaz akhirnya terpaksa telan kata-kata sendiri. Jatuh cinta pada Adara perkara terindah pernah terjadi dalam hidupnya. Pun begitu, bahagia mereka tak lama apabila nyawa Adara diragut kejam oleh musuh Eijaz sendiri. Hampir hilang arah dengan kehilangan isteri tercinta tapi demi tugasnya, Eijaz harus kuat. Apatah lagi bila dia ditugaskan menjaga seorang anak VVIP, jiwa dan kesabarannya teruji.

“Papa kau dah arahkan aku untuk jaga kau. Mahu atau tidak, kau kena ikut cakap aku.” - MUHMMAD EIJAZ RAFAEL

“Dia boyfriend I and you no one. You tak ada hak untuk kawal I. Kaki control!” - BUNGA ATHALIA.

Macam kucing dengan anjing, itu permulaan cerita mereka. Tapi lama-kelamaan, Bunga cuba menyelami hati keras seorang Eijaz. Dia yakin ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan.

“I rasa I dah jatuh cinta..”- BUNGA ATHALIA

“Dengan siapa?”- MUHMMAD EIJAZ RAFAEL

Tanpa Bunga sedari, dia menjadi target musuh Eijaz seterusnya. Tapi bagi Eijaz, dia sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini, dia tak akan cuai lagi.

“Aku sayang kau, flower.” - MUHAMMAD EIJAZ RAFAEL

Apakah yang akan terjadi pada Bunga Athalia?  Adakah Eijaz akan mengahwini Bunga itu hanya kerana mahu menjadi pelindung, bukan kerana cinta?