[FAJAR PAKEER] - HER OWN BEAUTY by SYIRAHNEES
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
TERBITAN : FAJAR PAKEER
TAJUK : HER OWN BEAUTY
PENULIS : SYIRAHNEES
Cantik itu subjektif, namun mengapa manusia sering menghina paras rupa seseorang hanya kerana dia tidak cantik? Dicaci dan dihina kerana wajah umpama 'adat resam' di zaman sekarang. Untuk bertahan, kecekalan dan kesabaran yang menggunung itulah kuncinya.
Dia, seorang gadis yang sering dibuli dan dipijak maruahnya hanya kerana punya paras rupa yang tidak cantik. Ada saja cacian yang dikenakan ke atas dirinya setiap kali mengorak langkah di khalayak ramai. Namun, sikapnya yang berani menentang mereka itulah yang menjadi perisainya. Baginya, biarlah buruk wajah, tetapi jangan buruk di hati.
"This is just a beginning, Amelia Clarissa. Kau tak boleh lari selagi aku tak puas seksa kau." - ADRIAN NAVRIEL
"Buat! Buat sampai puas hati kau, Adrian Navriel!" - AMELIA CLARISSA
Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi mangsa buli Adrian Navriel, seorang jejaka popular di universiti. Jejaka itu bukan setakat punya wajah beku, malah tiada hati perut juga!
Kala benci dalam diri Adrian tersemai, terbit rasa cinta apabila satu insiden berjaya membuatkan hatinya dicuri oleh Amelia. Cinta yang membuatkan Adrian berubah menjadi lebih baik.
Namun, bahagia yang cuba digenggam, pasti ada ujian bertimpa-timpa yang cuba merobohkan rasa tersebut. Rintangan demi rintangan yang hadir meretakkan jurang sehinggalah Adrian berputus asa dan menghina Amelia sekali lagi.
"Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak adalah perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!" - ADRIAN NAVRIEL
Kata-kata nista menjadi duri yang tertanam di lubuk hatinya. Kenapa lelaki itu kerap mengukir luka pada jiwa Amelia yang rapuh?
Seseorang yang sudah lama menyimpan dendam terhadap Adrian, tetapi mengapa Amelia yang harus membayar harganya?
Baik Andrian dan Amelia, ada kesempatankah untuk mereka berjuang walhal sudah terdampar kenyataan tentang perpisahan.
Sebuah kehilangan itu pasti kerana sedar mereka hanya untuk menyembuhkan luka bersama, bukan untuk bahagia selamanya.
"Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu tentang kematian saya."