[CRESCENT] SUAMIKU DAJJAL THE FINAL LOVE - AIMAN BANNA
- Regular price
- RM 49.90
- Sale price
- RM 49.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: CRESCENT
Penulis: AIMAN BANNA
Biarlah satu dunia panggil aku DAJJAL
Namun aku tidak akan pernah berputus asa meninggalkan jahiliah sehingga
AJAL
PETIKAN BAB 15 - SAFIA
Suasana kembali tenang. Tiada lagi pertumpahan darah yang berlaku. Adam terbaring lesu di ruang tamu dengan ditemani oleh Mujahid dan Ameerul. Mereka berdua menawarkan diri untuk menemani Adam sehingga Adam betul-betul pulih dan kembali sedar. Aku yang sudah tidak berupaya hanya menurutkan sahaja tawaran daripada kedua-dua sahabat baik kepada suamiku itu. Aku juga turut memasang radio yang hanya memutarkan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai keselamatan. Kejadian yang berlaku pada malam ini benar-benar berada di luar jangkaanku. Ia berlaku dengan sekelip mata. Dalam tempoh satu malam, ada yang terbunuh dan ada yang tercedera dan hampir terbunuh. Dan aku, kehilangan permataku yang paling berharga.
Seandainya Allah tidak mengilhamkan Hani untuk menghubungi Ameerul bagi membantu suaminya yang sedang bergelut dengan syaitan itu, aku tidak dapat bayangkan apakah pengakhiran kepada kejadian pada malam ini. Segala puji bagi Allah kerana menghadirkan Ameerul untuk menyelesaikan pergelutan berdarah ini. Hari ini benar-benar dalam sejarah. Aku tidak habis fikir tentang gerangan yang mengangkarakan semua ini. Siapakah dia? Mengapa di terlalu benci pada aku sehingga mahu membunuh aku? Selama aku bernafas di muka bumi ini, belum pernah aku memusuhi sesiapa.
Aku menyediakan minuman buat Mujahid dan Ameerul. AKu yakin bahawa mereka sedang keletihan dan kehausan. Tenaga yang digunakan untuk melawan makhluk laknat itu bukanlah tenaga yang sikit-sikt. Hani pula aku minta dia untuk berehat di bilik arwah anakku. Kini, bilik itu tidak kan digunakan lagi kerana penghuninya telah tiada. Bukan aku sengaja tidak mahu dia menemaniku untuk berehat di bilikku. Cuma, aku perlu waktu untuk bersendirian. Aku perlukan masa untuk memahami semua yang berlaku pada hari ini. Ia bagaikan tidak masuk akal. Tetapi, segalanya telah berlaku dan aku perlu hadapi walau aku tidak suka.