• IEKA NEW ITEMS(24)
  • IEKA NEW ITEMS(25)
  • IEKA NEW ITEMS(26)
1

[MANES WORDWORKS] JANJI IZEKIEL by AishaRos

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan : Manes Wordworks

Penulis : Aisyahros


Sinopsis:  

Misi Bona Fide membawa Aisya Hurairah ke sebuah persidangan antarabangsa di Itali. Delegasi mereka disabotaj. Aisya diculik dan dikurung bersama Megat Izekiel Li, lelaki berwajah beku.

Sungguh, dia tak menyangka akan terjebak dalam situasi sebahaya ini!

“Percaya pada aku, Aisya. Kau lupa aku siapa?” – Izekiel

Demi sebuah janji, sepenuh kepercayaan Aisya berikan kepada Izekiel. Namun satu demi satu tragedi berdarah datang menguji. Akhirnya, Aisya dikhianati dan ditinggalkan begitu sahaja.

“Life sucks, Aisya. And trusting the wrong people will make it worse.” – Izekiel

Setahun berlalu. Namun Aisya terus dihantui pengkhianatan lelaki itu. Perlahan-lahan, dia cuba membina hidupnya semula. Sehinggalah Izekiel muncul kembali.

“Orang kata seseorang tu akan terlalu benci kalau dulu dia terlalu cinta.” – Izekiel

“Mustahil aku akan jatuh cinta dengan orang yang tipu dan gunakan aku.” – Aisya

Dan bahaya itu masih mengekori. Ada syaitan bertopengkan manusia yang kembali mengancam dan Aisya menjadi sasaran. Cukup kuatkah Aisya untuk menghadapinya kali ini?

Tertunaikah janji Izekiel untuk melindungi Aisya meski nyawa jadi galang gantinya?