• new design(17)
  • photo_2025-03-09_09-29-55
  • photo_2025-03-09_09-29-52
1

[FAJAR PAKEER] SESAYUP KEJORA CINTA

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Puteri Aqish


Gelabah seorang Darleena Alissa memang tak boleh bawa bincang! Hanya keran seseorang, Leena mendesak Asy, kawan baiknya untuk cari jalan penyelesaian. Dan Heidi muncul sebagai penyelamat. Bagi Leena lelaki itu hanya hero jadi-jadian. Namun lain pulak bila Heidi mula fikir bukan-bukan. Haiyakk!!!

Suatu hari, Kaif Rayyan, bos tempat kerja Leena melantik dia sebagai wedding planner majlis adiknya. Leena akur, demi amanah, tanggunjawab dilunas, walaupun hati sekejap sejuk sekejap panas.

Dua lelaki ini mula menghimpit emosi Leena dengan pelbagai ragam. Heidi dengan harapan cinta rahsianya, Kaif pulak menambah perisa teka-tekinya. Seorang berpaksi cinta, seorang bertaut rasa.

"Antara Abang Heidi dan Leena, belum ada tali keyakinan yang mengatakan kita akan berkongsi perasaan yang sama. Yang ada impian dan harapan untuk bersatu, Leena masih ada hak untuk memilih." - HEIDI HAFIDH

"Mungkin soalan tu untuk Heidi. Bukan saya. Saya percayakan perasaan awak, Leena. Saya susur perasaan awak. Jadi frasa cemburu tu tak patut ada dalam hati ni sebaik awak terima saya." - KAIF RAYYAN

"Tak. Leena tak pilih sesiapa pun. Leena pilih untuk bersendiri. Bukan niat Leena nak mainkan perasaan sesiapa. Tapi Leena tak bersedia sepenuhnya lagi untuk ke arah tu." - DARLEENA ALISSA

Di saat dia dalam dilema untuk mencari sesayup cinta, muncul tragedi yang membuat perasaanya dirodok kesakitan. Tidak disangka, seseorang yang dianggap bunga, rupanya duri yang berbisa. Natijahnya umpama racun yang menikamnya perlahan. 

Akankah dendam yang menghancurkan hidup Leena terbalas? Mampukah garis kebencian menjadi penyatu terbaik antara dua jiwa yang telah diuji?

Adanya nama perpisahan, pasti bermula dengan pertemuan seperti sang kejora yang cuma sekejap terbit di langit tetapi punya sejuta cerita berdamping.