[KARYA SENI] BLACK GHOST #UMARALHAIDAR - ROSE HARISSA
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: Karya Seni
Penulis: Rose Harissa
Saat cita-cita menjadi salah seorang 'geng pecah pintu' tercapai, Umar Alhaidhar menyedari bahawa hidupnya sangat dekat dengan kematian.
Oleh itu, bukan mudah bagi Umar mendedahkan identiti kepada orang awam termasuk kepada keluarga sendiri. Dia ceria dan perahsia dalam waktu bersamaan.
Tapi ketika bersama pasukan, setiap tindakan Umar mengungkapkan ketangguhan mental. tujuan dan tekad yang tak tergoyang. Segala parut yang terhasil daripada latihan intensiti tinggi dan operasi khas, tersembunyi di sebalik uniform Umar. Hanya Megat Adri dan sahabat-sahabat Black Ghost yang mengetahuinya.
Sumpah perajurit komando yang dilafaz oleh Umar saat dianugerahkan beret hijau, menjadikan dia malas mencari cinta. Walau ada yang menyuakan diri. Bukan sembarangan perempuan boleh hidup bersamanya. Bertahun-tahun Umar tumpahkan taat setia kepadaYang di-Pertua Agong dan Rejimen.Sehinggalah dia bertemu seorang gadis. Sekali, tak sengaja. Dua kali, kebetulan. Tiga kali? Umar mula anggap gadis itu jodoh.
"Kenapa tak suka komando?" - UMAR ALHAIDHAR
"Sebab...Ganas, Gatal,Kanibal! Eh, jangan bagi tahu saya awak komando..."- MIKANADIRA
"Tak,Saya cuma 'askar pekak'." - UMAR ALHAIDHAR
Tapi tuntutan tugas, memaksa si 'harimau kumbang' melupakan 'bunga yang wangi dan tercinta'.
Setelah para perwira menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara sejak puluhan tahun lamanya, ada tangan-tangan ghaib membuka pintu kepada para bandit. Prahara melanda negara.
Laksana halilintar, bersama para sahabat Black Ghost, Umar mempertaruhkan nyawa di The Exchange 106.
Mampukah 'Kumbang' menumpaskan musuh, melindungi orang awam dan kembali kepada bunganya?