• aihana
  • ee_202310141619_0001 - Copy
  • ww_202310141620_0001 - Copy (2)
1

[FAJAR PAKEER] AIHANA KEN - HYUN YUNZZ

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: FAJAR PAKEER

Penulis: HYUN YUNZZ


The secret player,

Mitos mengenai seorang pemain bola keranjang yang dikhabarkan bakal mengalahkan semua pemain professional dunia. Dia bakal muncul namun belum tiba masanya.

Siapa dia? Tiada seorang pun tahu melainkan dirinya sendiri serta orang yang mencipta mitos tersebut.

Adakah semua itu hanyalah cerita rekaan atau ianya merupakan realiti yang bakal dihadapi oleh setiap pemain bola keranjang?

Shen, pemain yang ditakuti Aihana Ken kini kembali membimbangkan Aihana Ken yang ingin membawa pasukan TR Academy untuk pergi lebih jauh.

Aihana Ken, pemain perempuan pertama yang mengalahkan ramai pemain professional lelaki. Prodigy yang dikenali ramai. Auranya yang berbeza menimbulkan keresahan setiap kali pihak lawan bertembung dengannya di dalam gelanggang.

"Aihana Ken... dia punya latar belakang... kau tahu?" - MAINKEY

"Dalam banyak-banyak pelatih hebat-hebat yang aku kenal kat Blackzone, kau je yang aku rasa terpaling dekat dengan gelaran The Secret Player." - AKUMA

"Aku rasa, kau belum kenal lagi kawan-kawan aku yang lain. Mungkin kita akan dapat tahu siapa The Secret Player yang sebenar ketika latihan itu bermula." - AIHANA KEN

Ramai pemain professional mencarinya sehingga ada yang berlumba-lumba untuk merampas pemain terbaik yang pernah wujud di dunia bola keranjang itu. Tetapi apabila tahun demi tahun berlalu, kisah The Secret Player semakin dilupakan oleh setiap manusia.

Dia datang tanpa diduga. Dipilih daripada berjuta-juta pemain yang hebat lalu dilatih menjadi pemain terbaik dunia oleh sebuah agensi rahsia. Dia muncul ketika saat yang paling tidak disangka-sangka. Mereka mahu salahkan dia?

"You're the one who let me in, and I'm going to destroy all of you."