[BUKU PRIMA] PROJEK SERAM:GUA
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: Buku Prima
Penulis: Suzani Nadzir, Ebriza Aminnudin & Eqbal Mohaydeen
Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan menganggu dirinya. Tidak semen-mena, Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia ganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang gua.
"kupersembahkan korban yang kuseru.."/ KORBAN HITAM
Jeritan suara nyaring sering menganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka terbang ke Negara China semata-mata untuk mencari gua suara maut itu. Seorang demi seorang rakan-rakan Randy hilang setelah terdengar suara nyaring berkumandang di dalam gua itu.
"Ia mengalir di dalam urat nadi.." / SUARA
Karim telah ditangkap oleh tentera Jepun untuk dijadikan buruh paksa. Namun, dia berjaya melarikan diri dengan masuk ke dalam gua yang dikaitkan dengan kemunculan seekor makhluk yang menakutkan. Sebaik sahaja dia keluar dari gua itu, Jepun telah menyerah kalah. Tetapi makhluk itu masih mengganas. Ramai penduduk kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Dalam masa yang sama, Karim dihantui dengan penampakan aneh lagi menggerunkan. Petaka yang melanda seolah-olah tidak berkesudahan.
"Apabila dua alam telah bertemu, nyawa menjadi taruhannya!" / JIN