• mereka
  • ll_202310121139_0001 - Copy - Copy
  • vv_202310121140_0001 - Copy - Copy
1

[BUKU FIXI] MEREKA - ARIFF ADLY

Regular price
RM 22.41
Sale price
RM 22.41
Regular price
RM 24.90
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: BUKU FIXI

Penulis: ARIFF ADLY


"Ada orang kat dalam ke?" teriakku, sambil mengetuk pintu tandas.

Bulu roma aku tiba-tiba berdiri. Aku mula berganjak ke belakang. Mungkin aku silap dengar.

Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga.

Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. "Ada orang kat dalam ke?"

Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.

"Cik, saya nak masuk ni. Cik okay ke?"

Tangisan tadi datangnya dari kubikel keempat yang letaknya di hujung. Setibanya aku di hadapan pintu keempat, tangisan itu berhenti.

"Cik? Cik okay ke? Tempat ni dah nak tutup dah. Apa kata..."

"Hik!" Selepas beberapa ketika, suara tangisan itu diganti dengan suara baru. "Hik. Hik. Hihihii! Hik!"

Ah, ni sial.