• template-novelcerah.png
1
SALE

[SR PUBLICATION] RINDU AWAK SEPARUH NYAWA [SITI ROSMIZAH]

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products
TERBITAN : SR PUBLICATION

PENULIS : SITI ROSMIZAH

"Kasih Maisara!!!" Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa diduga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

"Saya lebih rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!"

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

" Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!"

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu sahaja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

" Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat - rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!"

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

" Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata - kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat kali terakhir imamkan jenazah saya.
Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati !" jelas kelukaannya

Kini, Kasih Maisara telah pergi . Keluar air mata darah sekalipun!

" Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang."

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.

" Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa," bisiknya dengan deraian air mata