[DNI KARYA] BUKAN SEKADAR LAFAZ - SOPHILEA
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: DNI KARYA
Penulis: SOPHILEA
Siapa sangka mereka akan jatuh cinta? Betul lah cinta itu buta. Cinta itu tak pernah pandang siapa dia, apa atau kenapa.
Di jodohkan bersama Hud, sepupu yang kononnya mahu menutup aib keluarga dengan fitnah yang belum tentu benarnya. Asyikin dalam sedih dan duka menerima Hud yang bukan siapa-siapa sebagai suami. Hud hanyalah seorang lelaki biasa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami Asyikin demi menutup aib keluarga.
Perkahwinan yang di atur keluarga buatkan Asyikin sedikit kekok. Berkahwin dengan sepupu sendiri buatkan lidahnya kadang-kadang kelu untuk bersuara. Seperti dalam perjanjian, sampai waktunya Hud harus melepaskan Asyikin. Hud akur dengan perjanjian namun sepanjang menjadi suami Asyikin dia tetap tunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Nafkah Asyikin tetap di hulurkan walaupun dia bukan lah orang berada.
Sedikitpun Asyikin tidak pernah di sentuh kerana dia tahu Asyikin bernikah dengannya kerana keluarga. Hidup berdua buatkan Asyikin mengagumi Hud. Berbulan bersama, fitnah yang di lempar semuanya dusta belaka. Si ayah mula menunjukkan kuasa. Hud harus lepaskan Asyikin.
Namun siapa sangka siapa menduga hati saling suka jiwa saling jatuh cinta cuma takut untuk berbicara. Asyikin buat satu pengakuan di dalam satu laman sosial tentang perasaanya pada Hud dan betapa dia tak mahu Hud lepaskan dia pergi.
‘Hud saya menyintai awak tapi saya tak mampu untuk luahkan. Tolong Hud jangan lepaskan saya pergi.’
Hud terbaca. Bibirnya mengukir senyuman. Berbulan serumah meski tidak sekatil tangannya tidak bertepuk sebelah.
‘Syikin awak tahu tak betapa seksanya menahan hati dan perasaan menolak hati saya yang menyintai awak?’
Saat tahu hati Asyikin juga ada padanya Hud hantarkan satu pesanan. Cuma dinding bilik yang jadi pemisah.
“Habis tu nak tukar nama apa kat whatsap ini? Kalau sayang, cepat datang bilik sebelah peluk saya.”
Asyikin gembira. Ya dia mahu hatinya dan hati Hud menjadi satu. Namun , mampukah mereka berhadapan dengan keluarga. Sedangkan perjanjiannya Hud harus melepaskan Asyikin.
“Syikin walau apapun Asyikin tetap isteri saya. Saya tak akan pernah lepaskan Asyikin pergi. Ini janji saya. Janji seorang zauj buat zaujahnya.”
Airmata Asyikin mengalir dalam cintanya buat Hud.
Cinta itu datang tanpa di pinta…hadir tanpa perlu di paksa.