• ZA- BUKU BARU BC(65)
  • ZA- BUKU BARU BC(66)
  • 9789674692223_b1
1

[SMO]- KARYA SENI- SERIGALA METROPOLIS - 9789674692223

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[SMO]- KARYA SENI- SERIGALA METROPOLIS


Dengan latar belakang trauma yang melanda masa kecilnya, Hazen telah membesar menjadi seorang lelaki yang tangguh, siap menghadapi setiap cabaran dengan keberanian yang luar biasa. Begitu masuk ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hazen tidak pernah menoleh ke belakang.

Dia menyahut cabaran ayahnya untuk menjadi seorang operatif Unit Tindakhas, pasukan elit milik PDRM. Berjaya menyarung beret maroon dan memakai lencana UTK, Hazen menjadi salah seorang pemimpin yang dihormati di unit Rapid Assault Team salah satu elemen dalam UTK.

Matlamat Hazen hanya satu, menggempur musuh negara tanpa membenarkan benteng hatinya dirempuh oleh wanita. Kerana itulah cinta dihulur oleh sniper cantik UTK, Lans Koperal Adelia, dibiar tak bersambut.

“Apakah kau takut pada cinta?” – ADELIA

“Aku tak takut pada cinta, Adelia. Aku hanya takut cinta akan menghalang tugasku.” - HAZEN ALTHAF

Hatinya juga tidak lut dengan godaan Dr. Bella.

“Aku menerima segala kekurangan kau, termasuk kegelapan yang kau cuba sembunyikan.” - DR. BELLA

Namun dunia Hazen jungkir balik ketika dia dipertemukan dengan seorang gadis. Izz Zayani. “Saya bawa bahaya dalam hidup awak.” - IZZ ZAYANI

“Ya, awak bawa bahaya, tapi awak juga membawa erti dalam hidup saya. Saya tak akan pernah menyesal mencintai awak, kerana bahaya yang awak bawa membuat saya sedar akan kekuatan cinta sejati.” - HAZEN ALTHAF

Dengan kejutan dan pengkhianatan yang mengancam nyawanya, Hazen tetap lingas seperti seekor serigala.

“Aku akan melakukan apa pun sebagai bukti setia, bahkan jika itu bererti mengorbankan diri aku sendiri. Aku adalah serigala yang menggempur, bukan yang diserang!” - WHITE FANG

SERIGALA METROPOLIS adalah kisah yang penuh dengan aksi, keberanian, pengorbanan serta kesetiaan sang ‘serigala’ UTK menjaga wilayahnya dan insan-insan yang dikasihinya.