• ZA- BUKU BARU BC(52)
  • ZA- BUKU BARU BC(51)
  • 9789838222778
1

[SMO] [FAJAR PAKEER] - SECRET MISSION: BLACK MARIA - 9789838222778

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[FAJAR PAKEER] - SECRET MISSION: BLACK MARIA


Ini perlawanan yang perlu ditawan. Perwira negara bagaikan sebuah perisai ampuh di dalam pertahanan negara, rela berkorban jiwa dan raga, hanya untuk melihat kedaulatan tanah air terpelihara. Leftenan Megat Harash, code name Alpha 97. Seorang pegawai TDM ditugaskan mengendali kes jenayah yang semakin mengancam kedaulatan negara. Pelbagai kejadian tragis menghantui hidup seluruh anggota TDM. 

Di sebalik sibuk dengan tugasan melindungi negara, hatinya jua sibuk mencari seseorang yang dicintai. Tetapi, semua itu tidak semudah yang disangka. Salah sangka menyebabkan hasrat tulusnya menjadi taruhan.  “Megat Harash, kesalahan terbesar aku adalah berharap pada kau yang memberikan aku harapan. Aku tak mahu berkahwin dengan pengkhianat macam kau!”- Rose Helyna 

Rose Helyna adalah sahabat, sekali gus cinta hatinya. Ujian demi ujian membelenggu kisah asmara mereka. Rose Helyna menidakkan kata hati walau kenyataannya sudah terbentang luas. 

Megat Harash tertekan hingga mengambil keputusan di luar kewarasan. Keadaan menjadi semakin tegang apabila trak Black Maria milik PDRM berjaya dicuri oleh kumpulan penjenayah profesional, Geng Lmost. Kejayaan pihak musuh selangkah ke hadapan mengakibatkan pihak TDM dan PDRM kesulitan untuk mengawal keadaan. 

 “Tugas saya sudah berakhir, Megat. Pergilah! Biar saya terkorban sebagai wira negara dan tunaikan hajat terakhir sebelum pejam mata dari dunia ini.” - Tuan Azman Semuanya bagai sudah diatur! Permainan minda menanti Megat Harash pada misi terakhir.  

“Jangan biarkan kejahatan bermaharajalela. Kita berada di sini agar anak bangsa tidur lena, agar nelayan dapat ke laut untuk menangkap ikan, agar kesejahteraan dan kedaulatan negara terjamin!” – Megat Harash 

Apakah pengakhiran kisah cinta Rose Helyna dan Megat Harash?  Bagaimana pula dengan perjuangan mempertahankan negara? Adakah mereka mampu menumpaskan kegiatan jenayah musuh yang semakin berleluasa? Selagai nyawa dikandung badan… Tak akan hilang darah dan keringat untuk negara! “Akhiri perjuangan ini, kita atau mereka bakal mati!”