• TUAN ARDAN HYRIL.
1

[RC PUBLICATIONS] TUAN ARDAN HYRIL by FUFULIEYA MAT

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Hanan Nabila terasa hidupnya berubah 180 darjah dengan kehadiran Tuan Ardan Hyril. Lelaki itu tiba-tiba saja mengatakan ingin memilikinya sebagai isteri.

 

“Saya tak pernah kenal tuan pun dan saya tak nak kenal dengan tuan, jadi boleh tak tuan keluar dari rumah saya dan jangan ganggu hidup saya lagi?”

 

Ibarat bercakap dengan dinding, kata-kata Hanan langsung tidak menggoyahkan rancangan Tuan Ardan untuk melamar Hanan sebagai isteri. Semakin ditolak, semakin dia rasa tercabar untuk memiliki gadis itu. Tuan Ardan tidak akan pernah lupakan gadis yang telah merubah  hidupnya.

 

“Kau mungkin akan tolak aku, tapi keluarga kau tak. Keluarga kau yang gilakan harta tu akan buat apa saja untuk kau setuju kahwin dengan aku.”

 

Hanan menemui jalan buntu!

 

Satu peristiwa yang sengaja direka membuatkan Hanan terpaksa menerima Tuan Ardan dalam hidupnya. Namun masuk ke dalam dunia lelaki itu bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi setelah dia mengetahui rahsia silam Tuan Ardan.

 

Berjayakah Tuan Ardan memiliki hati Hanan secara mutlak? Adakah Hanan semakin menjauhi Tuan Ardan kerana masa silam lelaki itu?