• 1
  • 2
  • photo_2023-11-07_14-33-40
1

[ALAF 21] SEKILAS KENANGAN - DAMYA HANNA

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Alaf 21

Penulis: Damya Hanna


Tiada siapa menyangka di sebalik kelincahan dan keceriaan sikapnya, rupa-rupanya Ainul Tihani pernah melalui tragedi pahit pada masa lalu. Namun, memori memilukan itu telah terpadam dari kotak ingatanya gara-gara trauma yang dihidapi. Lantaran itu, Tihani sering terasa hidupnya kekosongan. Tidur malamnya asyik diganggu igauan dan mimpi yang menimbulkan persoalan. 

Jihad Amjad, lelaki berperwatakan dingin yang hidup dalam kebencian ibunya sejak di alam remaja. Akibat tragedi 12 tahun lalu, dia membesar bersama herdikan dan tuduhan yang memedihkan. Pasrah dengan takdir itu, dia membawa diri. Alang-alang dibenci, biarlah dia menentukan arah hidupnya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tidak terus merasa sakit menjadi mangsa buangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Di kala Jihad mula mengecap bahagia, dia diduga lagi apabila sahabat yang paling dipercayai tega mengkhianati kepercayaannya. Kecewa Jihad tak terkata bila kekasihnya dibawa pergi. 

Akhirnya, Tihani dan Jihad ditakdirkan berjumpa. Pelbagai kenangan mula tercipta. Ada hati yang dalam diam bergelora.

"Aku tak boleh janji akan bagi kehidupan yang mewah, tapi aku akan cuba jadi lelaki terbaik dan berusaha untuk bahagiakan orang yang aku sayang. Itu janji aku!" - Jihad Amjad

Tanpa mereka menduga, di sebalik pertemuan itu rupa-rupanya terdapat kisah yang bakal terungkai.

"Jihad, kalau awak nak saya ceritakan semula apa yang berlaku waktu tu.... saya boleh ceritakan sebab sekarang saya dah ingat."- Ainul Tihani