DEFECT - TEROKA SAINS #2 - FAKTA PELIK, UNIK & KELAKAR HAIWAN
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Terbitan: TEROKA SAINS
Penulis: WAN FAHMI, Ph.d. & NUR ANNIES, Ph.D.
....kadang-kadang jawapan itu ada pada alam.
- Dr. Nur Annies
"Eh, kenapa udang jadi merah bila masak?"
"Apa?! Haiwan ini dapat bertukar warna?"
"Hah! Kenapa kuda belang itu tiada belang?"
Teroka Sains 2: Fakta Pelik, Unik dan Kelakar Haiwan memaparkan pelbagai fakta menarik tentang alam haiwan yang mampu membuatkab anda tersenyum dan terpana dengan keajaiban makhluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa.
Buku hasil nukilan Dr. Wan Fahmi dan Dr. Nur Annies ini ditulis dengan fakta yang menarik, gaya tulisan yang mudah untuk difahami dan paling penting sangat mengujakan.
* Kokokan ayam jantan mampu memekakkan telinga kita!
Paling kuat kokokan ayam jantan pernah direkodkan adalah lebih daripada 143 desibel sama seperti berada di atas kapal pengangkut pesawat udara. Tapi bagaimana ayam jantan ini melindungi diri dari bunyi kokokannya yang sangat kuat?
Apabila berkokok, paruh ayam jantan terbuka sepenuhnya menjadikan suku daripada saluran telinganya tertutup dan tisu lembut menutupi separuh daripada gegendang telinganya yang berfungsi seperti penyumbat telinga. Jadi ayam hanya dapat dengar separuh sahaja bunyi kokokannya.
Sebab itu ayam terselamat dari bahaya kekuatan bunyi kokokannya sendiri.
BUSUKNYA BAU SKUNK
Jika terancam skunk akan menyemburkan cecair berminyak yang sangat busuk dari pangkal ekornya sehingga 10 kaki jauhnya. Jika manusia atau haiwan yang mengancamnya tidak beredar, skunk akan menyembur cecair itu tepat ke arah mata pemangsa supaya dapat melarikan diri. Ini adalah teknik pertahanan diri skunk. Bau yang busuk ini akan kekal pada badan manusia atau haiwan yang mengancamnya selama beberapa hari.
Bayangkan jika anda terkena semburan skunk ini, anda perlu mandi dengan baham campuran hidrogen peroksida, serbuk penaik dan sabun pencuci pinggan untuk beberapa hari sehingga bau hilang.
Ikan juga mengalami mabuk laut sama seperti kita, manusia. Pelik tapi benar.
KATAK KACA
Lapisan kulit di bahagian bawahnya lutsinar kerana kekurangan pigmen sehingga menampakkan organ dalaman. Menariknya bila katak ini melompat, kita dapat melihat organ dalaman termasuk jantungnya yang berdegup. Saiznya sangatlah kecil iaitu 2.5 cm sahaja. Katak kaca pertama ditemui di Costa Rica pada tahun 1973.
NAKED MOLE RAT
Walaupun rupanya agak kurang menyenangkan, kulit merah jambu, berkedut, tidak berbulu dan gigi besar yang menonjol keluar, tikus ini mempunyai sifat yang sangat luar biasa hebat.
Sangat jarang terkena kanser, tidak rasa sakit pada kulitnya, dapat bertahan sehingga 18 minit tanpa oksigen, tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dapat hidup lebih daripada 30 tahun berbanding tikus biasa yang hanya boleh hidup tidak lebih dari 6 tahun.
KUDA BELANG BERBINTIK POLKA
Kenapa corak badan ibu dan anak kuda belang berbeza?
Tira, nama seekor anak kuda belang yang ditemui di Rizab Nasional Masai Mara, Kenya di Afrika mempunyai corak badan yang sangat berbeza dan unik berbanding kuda belang yang lain. Tira mempamerkan corak badan yang sangat jarang dijumpai iaitu bintik polka. Menakjubkan!
Ini kerana Tira mengalami mutasi genetik pada DNA yang dipanggil 'pseudomelanism'. Kesan mutasi ini menyebabkan ketidaknormalan pada corak belangnya.