• BEKAS ISTERI JUTAWAN.png
  • rfgv_202206280940_0001.jpg
  • rfxz_202206280941_0001.jpg
1
SALE

[SUARA HATI PUBLICATIONS] BEKAS ISTERI JUTAWAN

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: SUARA HATI PUBLICATIONS

Penulis: FARA HANA


Hidup seorang Tiara Suzanne tidak seindah nama mahupun wajahnya. Dia dibesarkan di rumah anak yatim tanpa mengetahui asal usulnya. Perkenalan tanpa sengaja dengan seorang jutawan muda membawa mereka ke jenjang pelamin, tetapi panas yang diharap sehingga ke petang rupanya tidak berpanjangan. Satu fitnah telah membuatkan Tiara dibuang suami tanpa diberi kesempatan untuk membela diri.

"Bagi abang Tiara memang bersalah, kan? Abang tak pernah cuba untuk cari tahu perkara yang sebenar. Abang terima bulat-bulat apa yang diberi dan ditunjuk pada abang tanpa abang ketahui benda tu betul ataupun tidak" - Tiara

Betapa kejamnya lelaki yang bernama Isaac Noah itu. Langsung tiada belas kasihan buat wanita yang dicintainya hanya kerana termakan dengan fitnah. Bagi Isaac, segalanya telah diberi, apa lagi yang kurang sehingga Tiara sanggup bermain kayu tiga di belakangnya? Apa dia belum cukup kaya dan belum cukup tampan sehingga isterinya itu mencari yang lain?

"Aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Kau boleh berhambus dari sini tapi jangan harap aku akan lepaskan kau. Aku akan gantung kau tak bertali! Biar kau terseksa!" - Isaac

Kerana kecewa, Tiara bawa hati tanpa arah tujuan. Kalau sudah orang tak sudi, untuk apa dia merayu lagi. Dia juga punya maruah walaupun hatinya benar-benar terluka. Namun aturan Allah itu benar-benar adil, mereka dipertemukan semula dan saat kebenaran tersingkap, mereka diuji lagi. Satu kemalangan menyebabkan Isaac hilang ingatan! Padanya Tiara tidak pernah wujud.

"Dasar perempuan pisau cukur. Kau nampak je lelaki pakai kereta mewah terus mengaku suami? Siap ada anak lagi? Gila!" - Isaac.

Mereka terus diuji tetapi mampukah perkahwinan itu diselamatkan jika ada hati yang telah kosong, ada jiwa yang telah terluka? Atau masing-masing akan ketemu bahagia dengan cinta yang baru? Mungkin Suria pengganti Tiara dan mungkin juga Abang Riz pengubat luka Tiara. Siapa tahu... kerana jodoh itu rahsia Allah semata-mata.


PETIKAN BAB 1


Zip plastik pada bungkusan baju yang baru diambil dari kedai dobi dibuka perlahan. Baju yang baru dibeli itu ditempah khas sempena malam yang paling istimewa buatnya dan sang suami. Hampir enam bulan bernikah, berita itu sangat-sangat membuatkan hatinya berbunga mekar.

Sempat anak mata mengerling ke arah jam di dinding. Sebentar lagi cinta hatinya akan pulang dan dia mahu berhias cantik hanya untuk lelaki itu. 

Dress labuh dan sedikit meleret itu segera disarung ke tubuh yang tadinya berbalut bath robe. Melalui biasan cermin, dress berwarna nude itu menyerlahkan lagi kulit putih gebunya. Wajah yang sudah disolek indah juga menaikkan lagi seri si pemakai. 

Melebar senyumannya, puas dengan hasil pada tubuhnya sendiri. Perlahan perut yang masih kempis dan ramping diusap lembut. Senyumannya mekar lagi. Bahagia yang dirasakan saat ini sangat-sangat membuatkan dia bersyukur.

"Terima kasih..... terima kasih kerana hadir dalam rahim mama tepat pada masanya." 

Ya, sangat tepat kerana esok suaminya bakal ke New York atas urusan perniagaan dan dia mahu berita gembira itu dibawa bersama suaminya supaya lelaki itu lebih bersemangat lagi untuk bekerja dan tidak sabar untuk pulang semula bertemu dengannya.