[KASEH ARIES] BINTANG DI HATI - NOVEL MELAYU
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: KASEH ARIES
Penulis: SHIROE SHERRY
Dari kerana pandangan mata, tumbuh perasaan cinta di hati Anne buat Ammar. Namun malangnya lelaki yang dipuja, rupa-rupanya milik adik sendiri. Bermula dari situ, Anne mula bersikap dingin kepada Ammar demi kebahagiaan si adik.
“I tahu you tak sukakan I.” - Ammar
“Baguslah kalau you tahu.” - Anne
Namun tiada satu pun manusia yang dapat melawan takdir Allah. Annis menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Demi satu permintaan, majlis perkahwinan tetap diteruskan tanpa Annis.
“I tak pandai nak jaga you macam mana lepas ni.” - Anne
“You tak perlu jaga I. Biar I yang jaga you.” - Ammar
Sikap Ammar selepas berkahwin membuatkan Anne keliru. Ammar berubah menjadi seorang penggoda kelas satu.
“Tolong bagi I bernafas sekejap.” - Anne
“Nak I buat CPR?” - Ammar
Walaupun ada cinta di hati Anne tetapi dia tidak dapat menzahirkan rasa itu untuk Ammar. Apatah lagi setelah Annis kembali menagih cinta Ammar.
“Dia cakap apa? Kenapa abang diam?” - Anne
“Dia nak abang semula.” - Ammar
“I mengaku I dah buat silap sebab tinggalkan you dulu. I menyesal.” - Annis
Mampukah perkahwinan mereka yang dibina atas dasar permintaan orang tua, bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang berlandaskan rasa cinta? Adakah Anne akan pertahankan perkahwinannya dari gangguan Annis?
PETIKAN BAB 19
"Papa dengan mama ada kerja. Tapi Icha bosan asyik kena duduk dengan nenda dan tok daddy. So... Icha requestlah pada mama dan papa yang Icha nak tidur di rumah Uncle Am. Lepas tu Uncle Am bawa Icha datang rumah sini. Icha suka sangat."
Penjelasan Icha menjawab segala persoalan bagaimana dia boleh muncul di sini. Nak harapkan Ammar, sampai ke sudah dia nak ajak aku main teka-teki.
Meriah sungguh suasana berbuka puasa tadi. Mama dan papa sangat terhibur dengan keletah Icha yang mencuit hati sehinggakan terkeluar soalan luar alam.
"Insya-Allah, tak lama lagi mama dan papa pun akan dapat cucu yang comel macam, Icha juga. Betul tak, Ammar? Anne?"
Tunak mata mama memandang aku dan Ammar. Masa itu entah macam manalah reaksi muka yang aku tunjukkan di depan mama.
Nak keluar cucu macam mana kalau tak berlaku penyatuan antara aku dan Ammar. Tapi jawapan Ammar langsung aku tak jangka.
"Insya-Allah mama, papa. Kalau ada rezeki kita semua, nanti makin meriahlah keluarga kita dengan cucu-cucu mama dan papa."
Mama dan papa sangat berpuas hati dengan jawapan Ammar. Cucu-cucu? Macam banyak saja bunyinya. Aku anggap Ammar bertindak untuk menyelamatkan keadaan.
Sakit kepala memikirkan apa yang Ammar rasa padaku. Dah timbul perasaan cinta atau belum? Macam mana nak ada anak kalau tiada cinta? Mustahil!
"Aunty Anne okey ke kalau Icha tidur dengan aunty dan Uncle Am?"
Soalan Icha mengembalikan aku pada kedudukan sekarang. Kami sedang mewarna buku lukisannya di atas katil. Ammar pula masih di tingkat bawah. Dia sedang solat terawih berjemaah bersama mama dan papa.
"Okey, sayang. Kita tidur atas katil ni malam ni, ya?"
"Terima kasih, aunty... sebab sudi colour buku dengan Icha. Mama dan papa asyik sibuk aje. Nenda dengan tok daddy pula dah tak larat. Semua orang tak nak main dengan Icha. Tapi Aunty Anne dengan Uncle Am suka layan Icha. Icha gembira kalau dapat jumpa dengan aunty dan uncle."
Kasihan Icha. Mesti dia rasa sunyi dan bosan.
"Icha mintalah baby baru dengan mama dan papa Icha. Nanti ada kawan nak main sama-sama." Aku beri cadangan yang aku kira sangat bernas dan boleh menyelesaikan masalah Icha.
Icha tersenyum lebar.
"Icha nak baby daripada Aunty Anne. Nanti mesti perut aunty jadi besar sebab ada baby dalam ni, kan? Assalamualaikum, baby."
Tangan kecil Icha sudah menyentuh perutku.
""