• cempaka
  • ee_202310141619_0001 - Copy (2)
  • ww_202310141620_0001
1
ANY 2 @ 20% OFF

[KARYA SENI] CEMPAKA DI LANGIT RAJAB - LILY HASLINA NASIR

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: KARYA SENI

Penulis: LILY HASLINA NASIR


NOVEL DWIBAHASA - MALAYSIA & INDONESIA


Karmini - Taatnya tertumpah pada Daeng Amid

Karmila - Cintanya berkecai di rusuk Aidit. Sengsaranya tercipta di neraka Fakri

Cempaka - Semangatnya menjulang tinggi, memacu langit. Wanita harus mandiri. Wanita boleh mencipta bahagia sendiri biar jiwa meronta mahu menyambut kasih Hizairi.

Cempaka Di Langit Rajab, kisah penuh sejarah yang nyata, menyusuri pedih luka, tawa canda dan rebah bangkit, jiwa tiga wanita, tiga generasi. Cinta menjadi sangat epik tatkala ia mampu mengasuh kalbu, menjadi manusia yang lebih dewasa. Ada ketika, takdir hidup amat menguji diri. Lebih menambah sengsara apabila kebahagiaan bagai sukar digapai sepanjang kehidupan. Takdir merantai hati, cinta sejati bagai tidak bertemu jalan pulang ke sanubari.

Entah di mana yang salah, entah apa dosa di masa silam, tiga wanita dari leluhur yang sama, sukar menjamah erti cinta. Hidup sentiasa diduga.

Namun Cempaka tidak sesekali beralah. Dia mewarisi semangat juang keturunannya. Dunia peragaan tidak pernah membuat dia lupa diri. Penderitaan ibunda, Karmila, menjadi tunjang kekuatan. Wanita harus bangkit. Bahagia itu pilihan. Hanya Hizairi yang mampu melunakkan perasannya. Antara dendam, kecewa dan semangat untuk bangkit, Cempaka akur dengan rencana Tuhan di kala bulan Rajab menyapa langit.