[iMAN PUBLICATION] JANGAN GANGGU LEPAS WAKTU KERJA, BOLEH?
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
JANGAN GANGGU LEPAS WAKTU KERJA, BOLEH?
Bagaimana Mengurus Kerjaya Agar Tidak Dirasakan Sia-sia
Penulis: Dr. Alizi Alias & Iman Danial Hakim
“Kalau aku tak siapkan malam ni, esok bos tanya aku nak jawab apa?”
Hari ini, mencapai keseimbangan antara hidup dan kerjaya itu ibarat angan-angan. Usai menghadap kesesakan trafik dan seharian bekerja keras di sebelah siang; malam masih lagi terfikir-fikir tentang kerja.
Bip! Tiba-tiba notifikasi berbunyi.
“Argh, bos tanya pasal kerja pulak.”
Sampai bila kita perlu hidup begini?
Kita rasa, hanya ada dua pilihan: Tolak diri untuk perform walau barai, atau sekadar buat sebab sudah terlampau penat.
Adakah ini sahaja pilihan kita?
Buku Jangan Ganggu Lepas Waktu Kerja, Boleh? membawa kita untuk menilai bagaimana kita boleh mencapai work-life balance yang sihat, walaupun dalam persekitaran kerja yang tidak ideal. Dengan huraian dan panduan yang praktikal dari sisi psikologi dan peribadi, para penulis mengajak kita untuk menetapkan keutamaan serta menjaga kesihatan mental di tempat kerja – agar kejayaan di tempat kerja tidak mengorbankan kebahagiaan diri.