• yakjuj
  • sdf_202212070920_0001 - Copy
  • photo_2022-12-07_14-28-02 (2)
  • photo_2022-12-07_14-28-02
  • plkj_202212070921_0001 - Copy
1
SALE

[HR PUBLISHING] MEMBONGKAR MISTERI YAKJUJ MAKJUJ

Regular price
RM 38.90
Sale price
RM 38.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: HR PUBLISHING

Penulis: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM


SEHINGGA kini , suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Tartar dan Mongol, pasukan Gengiz Khan ( Hulagu ) sejenis makhluk aneh, haiwan, dan sebagainya. Dalam sebuah hadis yang drirwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berbadan bulat, bermata sepet, dan berkulit kuning. Kerana itu, lantas ada yang mengaitkannya dengan orang-orang berketurunan China, Korea, dan Mongolia. Konon, makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari kiamat nanti. Dari An-Nuwas dari Rasulullah SAW , baginda bersabda, ‘Kemudian Allah SWT mengeluarkan Yajuj dan Makjuj, mereka turun dengan cepat dari bukit-bukit yang tinggi. Selepas itu gerombolan atau barisan pertama dari mereka melewati Tasik Thabariyah dan meminum habis semua air dalam tasik tersebut’. (hadis riwayat Muslim 2937/110, At-Tirmidzi 2240 Abu Dawud 4321, Ibnu Majah 4075).


Cerita mengenai Yakjuj dan Makjuj tertera dalam Al-Quran dalam surah Al-Kahfi ayat 92-98 dan kebangkitannya dinyatakan dalam surah Al-Anbiya ayat 96-97. ‘Hingga apanila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan, sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata) : ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’ (Surah Al-Anbiya :96-97). 

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Zainab binti Jahsyi, isteri Nabi, Rasulullah SAW menyatakan , tembok yang dibina oleh Dzulkarnain telah berlubang  sebesar telur ayam ( RAsulullah SAW melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari tangan baginda). Kerana itu, umat manusia akan mengalami celaka kerana Yakjuj dan Makjuj ini berjaya menembusi tembok tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh  Al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad. Lalu, bagaimana dengan firman Allah SWt yang mengatakan bahawa tembok tersebut tidak dapat dilubangi? Apakah ini menunjukkan kerana begitu lamanya sehingga tembok yang dibuat dari besi dan tembaga itu akan berlubang? Sejumlah ahli bahasa menyakini bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang China. Yakjuj dan Makjuj , menurut lughah, ada yang menyebut isim musytaq ( memiliki akar kata dari bahasa Arab ) berasal dari ajaja an-nar ertinya jilatan api. Menurut Abu hatim , Makjuj berasal dari maja, iaitu kekacauan. Makjuj berasal dari mu’juj, iaitu malaja. Namun, menurut pendapat yang sahih, Yakjuj dan Makjuj bukan isim musytaq, melainkan isim ‘ajam dan laqab (julukan).


RAJA AGUNG LAGI BERIMAN


Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah seorang dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia.

Penulis sendiripun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh. Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Quran. Insya-Allah.

Dari susut perkataan Yakjuj dan Makjuj pula, Imam Al-Alusi, ibnu Manzur dan Al-Hafiz Ibnu Hajar berpendapat bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal dari bahasa asing (bukan bahasa Arab). Sesetengah ulama lain mengatakan ia berasal dari bahasa Arab. Abul Kalam Azad pula menyatakan bahawa perkataan Yakjuj dan Makjuj berasal daripada bahasa Ibrani, dan pada asalnya ia adalah bahasa asing. Masyarakat Yunan menyebutnya sebagai Gog dan Magog.

Berbagai pendapat telah dikemukakan mengenai asal-usul kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut Imam Al-Alusi, Wahab bin Munabbih dan ramai ulama termasuk pada masa kini, Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalangan anak-anak Yafith bin Nuh. Al-Kisai menyatakan dalam kitab Al-Ara'is bahawa Yafith ada lima anak iaitu Jumar, Banras, Asyar, Askuwail dan Mayasheikh dan Yakjuj Makjuj berasal dari keturunan Asyar.

Hadis dari Ibnu Abi Hatim dan Hakim melalui Abu Hurairah menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith bin Nuh. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafith iaitu bapa kepada bangsa Turki, dan mereka menamakannya sebagai bangsa Turki kerana Yakjuj dan Makjuj itu 'terpisah atau tinggal' pada satu arah di belakang tembok. Ada juga yang berpendapat bahawa Yakjuj berasal dari Turki sementara Makjuj pula berasal dari Al-Gel dan Ad-Dailam.

Dari segi sifat Yakjuj dan Makjuj pula, banyak pendapat yang berbeza-beza telah dikemukakan oleh para ulama. Sebahagiannya dianggap terlalu aneh, pelik dan meyimpang dari realiti dan telah dianggap sebagai dongeng Isra'iliyat. Para pengkaji percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj digambarkan oleh sebahagian ulama sedemikian rupa semata-mata untuk menarik minat pembaca. Sepatutnya Yakjuj dan makjuj tidak digambarkan sewenang-wenangnya hingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.