[FAJAR PAKEER] DIA HERO SEMPURNA - WRITERNAZ
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: Fajar Pakeer
Penulis: Writernaz
The girl with a broken wings, itulah yang boleh diibaratkan dengan kasih hidup Bellisa Niliyyah. Luarnya tampak indah, serba serbi sempurna. Bak kata orang memang material girl.
Tapi, andai sahaja mereka tahu di balik imej gadis periang, ada tersimpan parut luar dari masa lalu yang kelam. Ada tangis yang dipendam, ada teriakan suara yang tak didengarkan. Kepercayaan Niliyyah diperkotak-katik, maruah diri dipijak oleh mereka yang bernama manusia.
Namun dengan adanya Imtiyaz Daniel, telah mengubah kanta mata Niliyyah memadang dunia. Imtiyaz ibarat knight in shinning armour, menarik Niliyyah keluar dari gelapnya kabut hitam.
"I would do everything to make you happy. I may not have the right words to express how i'm feeling ringht now to make you understand how deep my feelings for you are."- Imtiyaz Daniel
Kesungguhan Imtiyaz benar-benar menggugat ego Niliyyah. Mengapa lelaki itu perlu datang kembali setelah dia sudah berjaya melepaskan semua impian dan harapan?
Persoalannya mampukah Imtiyaz terus berjanji setia meski hamparan ombak datang menerpa? Adakah cinta lelaki itu masih utuh selepas berjaya menempa nama di mata dunia?
"Tolong jangan bencikan saya."- Bellisa Niliyyah
Niliyyah rasa kecil di samping lelaki itu. Imtiyaz seperti garuda membelah awan, sedangkan dia tak ubah seperti rama-rama yang sudah patah sayapnya. Namun, patah atau tidak, bukan penghalang untuk serangga sekecil itu terbang tinggi, bukan?
Adakah saya memang layak digelar bodoh kerana setia?