[BUKU FIXI] NOVEL FIXI MAJNUN - ZUL AZLIN
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: BUKU FIXI
Penulis: ZUL AZLIN
Selama lebih kurang enam bulan Alqamariah, atau Al, menyamar sebagai pembantu rumah harian Indonesia. Misinya satu, untuk mencari Chinta, gadis asal Jogjakarta, Indonesia yang telah hilang selepas berada di Malaysia untuk beberapa buan. Hasil siasatan Al mendapati, kali terakhir Chinta dilihat memasuki bangunan HATAL milik seorang pakar psikiatri yang sedang meningkat naik di Malaysia, Dr. Aduka Taruna Ahmad Lazim.
Dalam masa yang sama, Detektif badrol telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang semakin meningkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatannya telah turut membawa dia ke klinik psikiatri Dr. Aduka Taruna yang dikatakan telah banyak menyembuhkan banyak orang dengan ubatan terbaru. Dia juga telah berkenalan dengan Alizee, seorang wartawan muda berpenampilan ranggi yang sering kelihatan berhampiran bangunan HATAL.
Kebenaran yang terbongkar telah mengubah misi Al dari misi menyelamat kepada misi membalas dendam. Dia bertekad, orang berbahaya seperti Dr. Aduka harus dihentikan dengan apa jua cara sekalipun.
PETIKAN BAB 14
Setiap bulan Al menghantar wang 400,000 rupiah melalui Western Union. Orang yang menerima duit itu bukanlah orang yang benar-benar memerlukannya. Tapi orang itu tetap menunggu penghantaran bulanan itu. Ia adalah salah satu modus operandi yang dirancang untuk mencipta ilusi kehidupan sebenar seorang imigran. Sekurang-kurangnya ilusi itu dilakukan untuk menenangkan orang-orang di sekelilingnya. Orang seperti Sulastri. Sulastri bukanlah orang yang jahat bahkan dia pekerja yang cekal dan sahabat yang baik. Terlalu baik sehingga mahu tahu segalanya tentang sahabat-sahabatnya yang lain - temasuklah Al.
Tapi kali ini Al hanya mengirimkan 100,000 rupiah. Penerimanya maklum ini sebagai satu isyarat bahawa dia memerlukan bantuan segera. Satu kod yang telah dipersetujui.
Masih ada masa untuk menunggu panggilan daripada penerima. Sebaik sahaja selesai urusan di Western Union, Al mengajak Sulastri makan tengah hari dahulu. Sengaja dia mahu tahu kalau ada isu-isu terkini dunia imigran. Sulastri ibarat siaran sari berita penting untuknya.
"Apa yang kamu lihat, Al? Kok orang itu dicucuh punggungnya?"
Al terperanjat bukan kepalang. Dia tidak menyedari yang Sulastri tadinya pergi mengambil makanan telah senyap-senyap menghendap dari belakang, mengintai kandungan laman web yang sedang dilayarinya dari tadi. Terpapar jelas perkataan Symptoms of Cerebro-spinal Fluid Leak pada skrin telefonnya. Al sedang asyik membaca tentang simptom jika berlaku masalah kekurangan air tulang belakang pada seseorang.
"Hmm, nggak ada papa kok Tri," ujar Al lalu memasukkan telefon bimbit kembali ke dalam begnya. Dia tahu Sulastri sempat melihat gambar prosedur lumbar puncture pada skrin sebentar tadi.
"Kamu bisa berbahasa Inggeris, Al?" soal Sulastri sambil duduk di depan Al bersama pinggan nasinya.
"Dikit-dikit. Sebatas bisa memahaminya aja," dalih Al.
"Bagus sekali. Pasti kamu pernah kuliah ya?"
Al cuma tersenyum tipis, mengiakan tidak, menafikan pun tidak.
"Bagus sekali. Aku cuma dulu sampai level SD (sekolah rendah) saja. Kamu dokter ya?"
"Ah, kamu ini. Ceritanya begini. Majikanku menghantar link website padaku. Katanya beliau perlu melalui satu prosedur, gara-gara sakit demam. Makanya aku lagi penasaran, kok malah harus ambil air tulang belakang segala untuk diperiksa?"
"Oh jadi begitu, pasti sakit bukan?"
"Nggak juga kok, diberi bius. Jadi nggak sakit."
Panggilan lapar memadam apa-apa kesangsian yang ada. Ralit Sulastri mengatur-ngatur nasi, tempe dan sambal lalu digumpalkan ke dalam mulut separuh ternganga. Sedangkan di minda Al pula masih terawang-awang perkara