[AHA PUBLICATION] BABY GIRL MR DAIYAN - CT NOR LIANA
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: AHA Publication
Penulis: Ct Nor Liana
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri. Dijaga penuh kasih sayang sehingga dewasa. Menjadi seorang wanita yang berjaya.
Datangnya Mikayla ke Perak atas urusan jual beli tanah dusun. Namun takdir temukan dia dengan seorang lelaki bernama MUHAMMAD DAIYAN! Seorang lelaki yang tinggal di kampung. kerja pun, kerja kampung saja. Bukanlah persis hero novel dan drama.
Kerana monyet peliharaan Daiyan bernama Kiko, sering berlaku perbalahan kecil di antara keduanya.
"Saya? Kenapa saya pulak?" - DAIYAN
"Salah youlah! Ikatlah monyet you tu. Kalau you ikat dia, dia tak ganggu I, tak adanya I nak lari ke sini." - MIKAYLA
Tanpa sedar, pertemuan yang kerap antara kedua-duanya telah memutikkan bunga-bunga cinta di hati masing-masing. Namun, Mikalya tiba-tiba menghilangkan diri. Apabila mereka bertemu semula, situasi memaksa mereka untuk berkahwin.
Adat berumahtangga, ada pahit dan manis, ada suka dan duka. Satu persatu ujian datang dek kerana dendam dan hasad dengki.
Dalam satu perhubungan, ada tiga perkara penting. Kepercayaan, kejujuran dan kesetian.