• ZA- BUKU BARU BC(61)
  • ZA- BUKU BARU BC(60)
  • 9789674692216
1

[SMO] [KARYA SENI]- TAMAN RAHSIA KHADIJAH - 9789674692216

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[SMO] [KARYA SENI]- TAMAN RAHSIA KHADIJAH

Angker dari mula, tugasan penulisan biografi seorang jutawan bernama Dhul Fiqar seakan memerangkap Aki Maylea. Hatinya penuh debar, emosinya dikacau seorang jejaka berkaca mata hitam.

Sesi temu ramah yang tegang, Dhul Fiqar yang dingin dan seringkali muncul tanpa diundang, Aki Maylea sepertinya terburu dek drakula.

“Muncul bila kau mahu. Dua minggu tanpa khabar. Kemudian muncul menolong aku. Selepas itu berperangai dingin, seperti tidak suka. Beri aku bunga. Ini…ada yang tak kena.” – Aki Maylea

“Maafkan aku Aki. Tapi aku tidak dapat berjauhan dengan kau lagi” – Dhul Fiqar.

Dhul Fiqar melihat Aki Maylea sebagai seseorang yang pernah dicintai. Begitupun Aki Maylea dirasuk obsesi misteri kematian Orkid Khadijah, isteri Dhul Fiqar. Demi fail kes jahanam itu, dia membantu Detektif Megat dalam penyiasatan kes perempuan hilang di kota.                

“Kalau kau benar Aki, kes ini memang saling berkait antara satu sama lain.” – Detektif Megat          

“Kehilangan mereka ini terancang. Kau sedang mengejar seorang pemangsa.” – Aki Maylea

Tingkahnya memakan diri sejurus membelakangi Dhul Fiqar. Kes Taman Rahsia Khadijah memburu Aki berserta penemuan aneh di rumah ladang milik Dhul Fiqar di pedalaman.  Salangkan yang menjadi mangsa adalah Dhul Fiqar.  

“Aku minta maaf Dhul Fiqar. Mungkin ini semua berlaku kerana penulisan biografi itu. Mungkin benar kata Hambali, ia berpunca daripada aku.”– Aki Maylea

“Apa yang ingin kau tahu tentang Khadijah? Katakan apa yang semua orang perkatakan tentang aku. Yang paling jelas tentang aku. Katakan Aki!”

“Aku tidak percaya ini semua berpunca daripada kau.” “Just go.” – Dhul Fiqar

Aki Maylea rimpuh. Di mata Dhul Fiqar dialah seorang penyihir yang menyembunyikan magis di tangan yang bersarung hitam. Sepertinya ada tangan yang tidak kelihatan menjatuhkan Aki Maylea dan Dhul Fiqar ke jerangkap yang sama. Ada seseorang yang meraikan kekejaman dan menyorok rupa dalam kegelapan.  

Yang terlihat seorang namun berdampingan. Yang dibutakan adalah Aki Maylea. Apa nasibnya perempuan-perempuan yang hilang tanpa diketahui pangkal cerita mereka?