[KASEH ARIES] PASRAH CINTA MARYAM - CIK TET
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: KASEH ARIES
Penulis: CIK TET
Benar, Maryam Azifa cintakan Izz Adam setengah mati. Namun dia terpaksa melukakan hati si jejaka walaupun hatinya sendiri lebih terluka. Semuanya kerana kasih seorang anak kepada ayahnya.
"Yam minta maaf. Yam tak cintakan abang lagi. Dalam hati Yam dah ada orang lain." - Maryam
"Abang akan pastikan Yam menyesal sebab dah khianati cinta kita" - Izz Adam
Siapa sangka akhirnya Izz muncul kembali di depan mata. Namun kedatangannya bukan untuk Maryam. Dia muncul untuk mencipta bahagianya di depan mata Maryam.
"Kau cemburu bila dapat tahu aku bakal bertunang dengan Mia, kan? - Izz Adam
"Yam akan cemburu kalau abang masih menjadi hak Yam. Sekarang ni, abang bukan hak Yam lagi." - Maryam
Namun kejadian hitam itu telah memaksa Maryam kembali ke lembah derita. Air mata menjadi peneman di saat hatinya dirobek setiap saat.
"Aku tak nak digelar suami yang dayus. Tapi itu bukan bererti aku boleh terima kau semula dalam hidup aku." - Izz Adam
"Yam tahu, dan Yam pun dah tak harapkan apa-apa lagi daripada abang." - Maryam
Sukarnya untuk terus bertahan apabila menjadi insan yang paling dibenci oleh suami sendiri. Namun apabila hati Maryam sudah tawar, mengapa Izz kembali merayu cintanya semula? Kerasnya hati Maryam terlalu sukar untuk Izz lembutkan. Masihkah ada Izz Adam di hati Maryam Azifa?
PETIKAN BAB 8
LAGI tiga hari, semua umat Islam akan menyambut bulan Syawal yang mulia. Kuala Lumpur dah beransur lengang. Tak lama lagi, jalan raya pun akan sunyi dan sepi.
Semua perantau dah balik ke kampung masing-masing untuk beraya bersama keluarga tersayang. Semua orang pun pasti akan gembira menyambut hari raya.
Hanya aku yang sendirian bertemankan air mata. Tahun ini, sekali lagi aku akan melalui saat yang memilukan itu. Aku harap hati ini akan bertambah kuat dan cekal untuk menempuhi semua kelukaan itu.
Esok, Kak Mia akan bertolak balik ke kampung bersama dengan Izz. Tapi aku tetap berkeras tak nak ikut dia balik.
Kalau sebelum ini aku mengalah dengan pujukannya, tapi tidak kali ini. Selepas aku tahu dia akan bertunang dengan Izz pada hari raya kedua nanti, sungguh aku tak sanggup.
Aku takkan membiarkan hati ini terluka berkali-kali. Wanita mana yang mampu bertahan untuk melihat kebahagiaan orang yang dia cintai bersama wanita lain. Aku hanya mampu untuk pasrah. Tetapi untuk reda itu, terlalu payah.
Hatiku jadi gelisah apabila Kak Mia mulai dingin. Dia marahkan aku kerana tak nak ikut dia balik. Biarlah. Aku lebih rela berdepan dengan rajuknya daripada aku berdepan dengan kemesraannya bersama Izz.
Balik kerja tadi, Kak Mia terus berkurung di dalam bilik. Katanya nak kemas pakaian untuk dibawa balik ke kampung nanti. Macamlah aku tak tahu yang dia masih merajuk dengan aku.
Bunyi loceng rumah buat aku bergegas untuk membuka pintu. Setelah daun pintu terbuka, wajah Izz terpampang di depan mataku.
"Abang buat apa di sini? Bukan esok ke nak balik kampung?"
"Aku nak jumpa Mia. Mana dia?"
"Dalam bilik. Sekejap, Yam panggilkan Kak Mia."
Tak sempat aku menoleh, Izz dah buka kasut dan terus masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah aku dah berpakaian elok. Selendang pun dah terlilit di kepala sebab aku baru rancang nak keluar ke depan. Nak bermanja dengan bunga-bunga di dalam pasu.
Aku cuma mampu mengeluh dengan aksi bersahajanya itu. Nak marah atau menegur, bimbang aku pula yang akan disindirnya nanti.
Pintu bilik Kak Mia aku ketuk sekali.