• Pemilik Bahagia
  • Pemilik Bahagia (2)
1

[FAJAR PAKEER] - PEMILIK BAHAGIA by NULNA

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

TERBITAN : FAJAR PAKEER

TAJUK : PEMILIK BAHAGIA

PENULIS : NULNA

Seorang perempuan akan kelihatan cantik ketika dia menjahit lukanya sendiri. Baginya cukup definisi bahagia itu memberikan ketenangan bukan pasangan yang melukakan. 

Memulakan sebuah perhubungan dan berakhir dengan perpisahan merupakan prinsip Farha Nayla. Dirinya penuh konflik, dia mudah menerima cinta namun sukar untuk terus kekal dalam hatinya kerana baginya perkahwinan bukan satu kewajipan. 

Namun siapa sangka, perkenalannya antara jejaka tenang A+ itu semakin hari semakin mencairkan besi mangga yang sekian lama berkarat di hati.

 “Try me, and you will be a loser.” – FARHA NAYLA 

 “I'm a loser if I miss a chance to get to know you.” - MUHAMMAD

 Orang kata jodoh cerminan diri. Tapi ini sudah macam cermin dua muka. Berbeza sama sekali! Seorang sudah seperti gengster kaki pukul, seorang lagi sejenis tenang sentiasa, ibarat api dan air. Tetapi, tiada yang menyangka, di sebalik api yang membara terselit sebuah cerita duka. Si api itu sendiri yang sentiasa menyirami diri tatkala air mata turun ke pipi. 

Bagi Muhammad, jalan hidup yang berkait dengan Farha memberikannya peluang untuk mengenali rapat dengan wanita itu. Malangnya serapat mana pun mereka, Muhammad fikir mudah untuk dia mendapatkan cinta Farha?

 “Just close your eyes, not your heart.” - MUHAMMAD 

 “My heart had already closed.” – FARHA NAYLA 

Bahagia yang diragut dalam sekelip mata membuatkan Farha membuang Muhammad jauh daripada hidupnya. Sekali lagi, Farha sendirian. Dua kali lagi dia terluka dan beberapa kali lagi dia terjatuh melawan takdir. 

Bagaimana dengan jalan hidup Farha dalam mencari damai di jiwa? 

Berjayakah Muhammad melarikan derita agar dapat dicipta bunga asmara?

"Aku tak nak mula sayang sesiapa lagi. Kalau aku buka hati aku untuk kau, satu hari kau pergi atau kau tinggalkan aku, aku taknak rasa sakit kehilangan.” FARHA NAYLA

Satu ketentuan daripada-Nya yang menyatukan dua hati. Namun gejolak perasaan yang merusuh adakalanya menimbulkan persangka, adakah dia sememangnya bukan pemilik bahagia?