• 1
  • 2
  • photo_2023-10-17_12-19-14
  • photo_2023-10-17_12-19-15
1

[FAJAR PAKEER] MAGNOLIA - SUHAILAH SELAMAT

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Fajar Pakeer

Penulis: Suhailah Selamat


Hari yang dianggap cukup menenangkan telah menyaksikan sesuatu yang mengerikan yang tidak terjangkau dek akal.

Bagaimana... bagaimana dia boleh menyaksikan keseluruhan adegan itu? Sedangkan skrin besar di hadapannya tidak memaparkan apa-apa langsung kecuali garisan berwarna gelap dan terputus-putus! Sejak dari awal lagi siarannya telah terputus.

Bagaikan deja vu. Khaira Maryam cuba menyelamatkan lelaki misteri itu daripada menjadi mangsa pembunuhan. Saat mata mereka saling bertaut, bagaikan ada renjatan elektrik yang mengalir di setiap pembuluh darahnya. 

"Awak siapa?" - Khaira Maryam

"Oh? Aku? Kau rasa aku siapa?, Khaira Nafisa? Ataupun kau betul-betul dah lupakan aku lepas terjun ke dalam kolam tadi. Kolam renang bukan untuk tempat bunuh diri, sayang." - Basit Al-Haq

Pertemuan yang hanya bertahan selama beberapa detik itu telah menarik Khaira Maryam ke deminsi lain! Lalu memeprtemukan semula dia dengan lelaki misteri itu dalam waktu dan tempat yang berbeza.

Jiwa Khaira Maryam dan Khaira Nafisa telah menjadi satu jasad yang bukan kepunyaannya!

Magnolia. Negara misteri di mana penduduknya telah dijangkiti virus yang mampu megubah mereka menjadi makhluk misteri yang bernama Raksasa Besi.

Untuk pulang ke dunia asal dan mengembalikan jiwanya ke temapat yang sepatutnya, Khaira Maryam harus mencari tahu keberadaan kunci yang menghubungkan portal masa dan juga gerbang pintu sihir.

Mampukah dia mencari kunci kepada dua pintu gerbang tersebut?

Mungkinkah Basit Al-Haq sekadar berlakon menjadi watak antagonis sedangkan lelaki itu sebenarnya dalang disebalik kekacauan yang berlaku?

Kadangkala apa yang kita lihat tak semestinya apa yang kita fikir dan rasa. Barangkali yang berlaku adalah sebaliknya.

"kali ni, awak percayakan saya tak?' - Khaira Maryam

"Aku ada perancangan sendiri. Aku tahu kau sedih. Aku pun sama macam kau. Tapi kita takboleh terlalu ikutkan perasaan. Sebab.." - Basit Al-Haq

Kerana dunia yang tampak aman tidak semestinya selamat...