• selama
  • km_202302091109_0001 - Copy
  • photo_2023-02-13_14-38-35
  • photo_2023-02-13_14-38-35 (2)
  • photo_2023-02-13_14-38-34
  • lm_202302091109_0001 - Copy
1
SALE

[DEAR NOVELS] SELAMA KAU PILIHKU - AREEJ AIRIN

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: DEAR NOVELS

Penulis: AREEJ AIRIN


Nia sanggup melepaskan crush sendiri semata-mata untuk kebahagiaan sahabat baiknya, Zana.  

“Aku rasa aku dah suka Arfan.”

Lima tahun berlalu, Arfan muncul dalam hidup Nia semula. Meminta untuk menyambung kisah mereka yang belum ternoktah tanpa mengenal putus asa.

“In case you forgot, I already told you before. There is no us between you and me. So please, stop talking about us.” 

“Mungkin bagi kau kisah kita dah tamat, tapi bagi aku kisah kita baru bersambung.”   

Saat rahsia yang disimpan Huzair, sahabat baiknya sendiri terbongkar, Kepercayaan Nia terhadap Huzair hancur. Tergamak sahabat baiknya sendiri menipunya. Hanya kerana perasaan cemburu semata-mata.

“Kau tipu aku, Huz. Kau tipu aku! Kau fitnah dia untuk kepentingan kau sendiri.” “Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau, Nia!”

Satu demi satu ujian menduga Nia dan tanpa sedar ia membuatkan hubungannya dengan Arfan kembali erat. Arfan sentiasa ada saat dia memerlukan seseorang. Layanan dan sikap prihatin Arfan membuatkan perasaan Nia kembali mekar.

“Aku risaukan kau. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau, Nia. Aku tak nak kehilangan kau.”

Lamaran Arfan dan Huzair yang datang serentak, membuatkan Nia tak tentu arah. Dia ingin bahagia tanpa perlu menyakiti perasaan orang lain dan perasaannya sendiri. Tapi, hanya seorang saja yang mampu membuat hatinya bergetar. Kali ini, Nia mahu bina kebahagiaannya sendiri.


PETIKAN BAB 30


"KAK LONG, ada orang hantar bunga."

Sejambak bunga di tangan Raina membuatkan aku tersenyum. Sudah dapat menjangka siapa penghantarnta. Bunga itu bertukar tangan. Kad yang terselit di celah bunga itu aku tarik keluar.

Happy birthday, Nia.
Hope we can meet soon.
Sincerely, Si Kacak.

"Untungnya kak long. Orang tu tak pernah lupa hantar bunga setiap kali birthday kak long."

jambangan bunga itu aku dekatkan ke hidung. Wangi.

Beberapa keping gambar aku ambil bersama bunga tersebut sebelum menyimpan semula telefon. Bunga itu aku letakkan di atas kaunter. Sekejap lagi aku akan pindahkan ke dalam pasu bunga.

Aku kembali menyertai para pekerja aku yang sedang makan sempena sambutan hari jadi aku hari ini.

"Kak long tak nak jumpa dia ke? Dah lama kak long kenal dengan dia? Takkanlah dia tak pernah ajak kak long jumpa?"

Sekilas, permintaan Si Kacak kembali bermain di minda.

Lepas aku tolak permintaannya, Si Kacak seolah-olah menjauhkan diri dari daripada aku. Dah jarang mesej aku. Instagramnya pun dah lama tak ada sebarang update. Mungkin dia sibuk.

"Ni mesti kak long yang tak nak, kan? Sebab kak long takut terjatuh cinta dengan dia, kan? Betul tak?"

"Jangan nak mengarutlah."

"Betullah tu. Selama ni kak long bukannya ada ramai kawan lelaki. Abang Huzair, Abang Arfan dan Si Kacak ni aje. Kawan perempuan akak pun boleh dikira dengan jari. Berapa orang saja."

"Syira, kita ni kalau nak berkawan tak perlu ramai-ramai. Cukuplah beberapa orang saja. Sekurang-kurangnya kawan yang tak ramai itulah yang akan tolong kita kalau jadi apa-apa."

Sejak dulu lagi aku tak suka tambah kawan sebab aku tahu tak semuanya ikhlas berkawan. Lebih baik ada seorang kawan daripada beribu kawan yang langsung tak mendatangkan kebaikan kepada kita.

"Ya, macam Abang Arfan kan."

Bisu terus mulut aku apabila nama itu disebut. Tapi, aku sekadar berlagak biasa. Jari menyudu kek coklat di pinggan sebelum memasukkannya ke dalam mulut.

"Dah berapa hari dah kak long gaduh dengan Abang Arfan? Kak Long tak rindu dia ke? Hari-hari dia datang rumah, lepak dengan ayah. Tapi, tak pernah sekali pun akak tunjuk muka depan dia. Macamlah kak long tak tahu dia datang petang-petang tu nak jumpa kak long. Abang Arfan rindu kak longlah tu."

Aku jeling Syira yang tersengih-sengih di depan aku.