• new design(5)
  • photo_2025-02-20_15-09-10
  • photo_2025-02-20_15-09-11
1

[BUKU PRIMA] PROJEK SERAM : TREN

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan : Buku Prima

Penulis: Aziah Zainal,Zyra Safiya & Sufi Abqari


Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari, dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Tiga perompak yang melarikan wang tebusan menjadi misteri apabila ketiga--tiganya tiba-tiba hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Api Lama. Apakah yang terjadi kepada mereka? Apakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang menganggu ketiga-tiga perompak itu?

Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi/ GHAIB

Kematian berlaku kepada penumpang tren yang menuju ke Munsan. Kemudian diikuti kes bunuh diri yang mana seorang gadis meluru ke hadapan kereta api yang sedang bergerak menyebabkan dia digilis dan mati di tempat kejadian. Disebabkan itulah, stesen kereta api itu dikatakan berhantu. Stesen itu terlalu penting untuk mereka di Munsan, terutama kepada Jong Kook yang berasal dari kampung misteri yang bernama Panmunjeom. Tanpa disedari, segalatragedi di stesen itu berhubung kait dengan penduduk di kampung itu.

Dunia kita tak sama../MASA UNTUK PULANG

Suri, gadis gemuk dan berbau busuk. Walaupun disisih keluarga dan kawan-kawan, tidak pernah dia berniat untuk membalas dendam. Genap 17 tahun, rasa tersisih mula membara. Suri nekad. Dia menanti komuter hantu demimiminta hajat untuk berteman dan tidak mahu disakiti lagi. Seorang demi seorang mahu menjadi teman suri setelah memakan epal merah yang muncul secara tiba-tiba. Namun, seorang demi seorang pula mengakhiri hidup mereka setelah berteman dengan Suri. Kenapa semua ini boleh terjadi? Apa kaitannya dengan epal merah dan komunter?