• new design
  • 3.3
  • 3.4
1

[BUKU PRIMA] PROJEK SERAM : TELAGA

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: Buku Prima

Penulis: NoorFadzillah, S.Kausari & Rizal Ramli


Sinopsis

KEMATIAN tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya. Pencarian bermula dari sebuah taman perumahan. Dengan bantuan kawan baiknya iaitu seorang anggota polis, penduduk di taman itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar. Menurut sumber yang dipercayai, mereka mengamalkan amalan paganisme. Semuanya berpunca daripada telaga tua di tengah hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang menanti Hazami.

Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya terikat./ TAMAN BUKIT TELAGA 

Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung berdekatan dengan telaga lama. Lelaki itu bercerita tentang telaga yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya dia agak skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan keluarganya yang sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah semuanya kembali.

"Hajat kau akan ditunaikan.. dengan harga yang perlu kau bayar!" / 7 PERMINTAAN 

Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk melakukan aktiviti panaromal mengundang rasa kurang senang penduduk asal' di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu berakhirnya membawa padah. Seorang demi seorang menjadi korban.