• kota
  • jj_202301181633_0001 - Copy
  • photo_2023-01-19_09-38-16
  • photo_2023-01-19_09-38-15
  • photo_2023-01-19_09-38-15 (2)
1
SALE

[BUKU FIXI] NOVEL FIXI KOTA - KAMALIA

Regular price
RM 19.90
Sale price
RM 19.90
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: BUKU FIXI

Penulis: KOTA


Kesuma sebenarnya sudah muak menulis cerita tentang para Seleb Kota, yang sanggup lakukan apa saja untuk mengejar populariti, namun itulah tugasnya sebagai wartawan untuk Warna-Warni Kota, sebuah portal yang melaporkan kegiatan selebriti-selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di Kota. Namun kematian seorang Seleb Kota dan seorang pengikut tegarnya telah membuka rahsia gelap di sebalik kehilangan ramai penduduk Kota, termasuklah ayah Kesuma sendiri yang telah hilang secara misteri sejak 12 tahun lalu.

Tanpa diduga, Kesuma, bersama seorang wartawan baru yang misteri bernama Nasir telah dijemput untuk menyertai satu kumpulan rahsia untuk membongkar dalang di sebalik kehilangan itu semua. Rahsia apa lagi agaknya yang akan terbongkar?


PETIKAN BAB 23


Mesyuarat yang berlangsung malam itu tidak membincangkan apa-apa yang penting, sebaliknya ahli-ahli berborak sesama sendiri. Masing-masing bercerita tentang kehidupan mereka dan apa yang telah mereka lalui sejak kali terakhir bertemu. Pendek kata, borak-borak santai. Ada sedikit kekecewaan dalam hati Kesuma kerana dia benar-benar mahu mengetahui apa rancangan yang Alang sudah sediakan untuk mereka. Kesuma tahu, acara rahsia yang bakal mereka hadir ini bukan calang-calang acara. 

"Kau memang betul-betul ada rancangan untuk kami ke atau kau saja-saja suruh kami datang sini?" Kesuma bertanya kepada Alang semasa mereka berdua sama-sama di dapur mengemas pinggan mangkuk. 

"Aku tahu kau tak sabar nak tahu apa rancangan yang kita akan buat, tapi kau kena sabar. Benda ni tak boleh terburu-buru. Kenal-kenallah dulu dengan dia orang tu. Satu kumpulan, kan?"

"Aku setuju nak join bukan sebab nak berkenalan, tapi nak cari cerita di sebalik acara rahsia tu dan sebab upah lumayan. Satu lagi sebab... ayah aku." Kesuma berterus terang.

"Aku faham, Kesuma. Okey... aku minta maaf banyak-banyak kalau selama kau sertai kumpulan ni, kau tak jelas dengan apa yang kamu nak lakukan. Nama acara rahsia tu pun kau tak tahu, kan? Aku akan terangkan satu per satu tak lama lagi. Bukan saja-saja aku nak korang semua serumah. Berkenal-kenalanlah, Kesuma. Kita ni manusia, bukannya mesin duit ATM yang tak ada emosi. Hidup kita bukan sekadar bekerja cari duit dan kemudian mati. Ia lebih daripada itu. Okey?"

Kesuma tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia hanya berpeluk tubuh, diam melihat Alang menyambung kerja menyental kuali di singki sambil bernyanyi kecil. Lagu Don't Let Me Down daripada kumpulan zaman batu, The Beatles.

___________________________________________________________________


Makan-makan besar mereka hanya sehari itu sajalah. Hari-hari lain, mereka makan macam mana penduduk kelas bawah yang lain makan, cuma mungkin lebih sedap sikit sebab tidak perlu keluar duit sendiri. Sepanjang duduk di baglo lama itu, Kesuma ditempatkan sebilik dengan Suzila. Johan berkongsi dengan Nasir, manakala Amer sebilik dengan Rafi. Kak Nora dan Alang pula di bilik lain.

Selama sebulan itu, Alang tidak membenarkan mereka keluar dari kawasan itu. Segala bekalan makanan dan kelengkapan asas lain akan dihantar seminggu sekali oleh dua lelaki yang menaiki sebuah van putih. Lagak mereka seperti askar tetapi tiada sesiapa pun dibenarkan untuk bertanya apa-apa kepada kedua-duanya. Tugas mereka menghantar bekalan, mendapatkan tandatangan daripada Alang sebagai tanda bekalan sudah diterima dan kemudian terus beredar.

Tiada siapa pun yang tahu siapa mereka dan mereka bekerja untuk siapa. Dalam hal ini, Kesuma beranggapan hanya Alang