[AHA PUBLICATION] MY SWEET AIDAN WAIS - SUHAILA RASHID
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: AHA PUBLICATION
Penulis: SUHAILA RASHID
Kerana tersesat di sebuah kampung, takdir mempertemukan Aidan Wais dan Elaina Raisya. Siapa sangka pertemuan yang singkat itu membuatkan dua insan menyimpan satu rasa yang sama.
"Kahwin dengan saya Elaina." - AIDAN WAIS
"Tak terlalu awal untuk semua ni? Saya masih belum kenal dengan awak sepenuhnya Aidan dan begitu juga sebaliknya." - ELAINA RAISYA
Bagi Aidan, bercinta selepas kahwin itu jauh lebih indah dari sebuah hubungan tanpa ikatan yang sah.
Saat mereka disatukan. Ada sekeping hati yang terluka, Nawra Amanda wanita yang sangat menginginkan Aidan Wais untuk menjadi miliknya.
"Aku hanya nak Aidan." - NAWRA AMANDA
Kehadiran Puan Mayleen membuka luka lama dalam hidup Aidan Wais.
"Cukuplah dengan drama puan tu. Saya tak akan pernah lupa setiap kata-kata puan dulu. Pandangan jijik puan kepada saya. Sumpah, saya tak akan pernah lupa semua tu!" - AIDAN WAIS
"Saya selalu percayakan awak Aidan. Selalu." - ELAINA RAISYA
Mampukah mereka untuk terus menempuhi ujian berumah tangga? Adakah Nawra Amanda akan terus berusaha untuk mendapatkan Aidan Wais? Apakah luka yang pernah ditinggalkan Puan Mayleen kepada Aidan Wais?