KOLEKSI BUKU : BIOGRAFI NABI MUHAMMAD S.A.W
- Regular price
- RM 28.50
- Sale price
- RM 28.50
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Terbitan: MUSTREAD
Penulis: RUSYDI RAMLI AL-JAUHARI
BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah SAW yang dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
#################################################
Terbitan: PTS
Penulis: ZULKIFLI MOHD.YUSOFF & NOOR NAEMAH ABD.RAHMAN
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.
Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.
Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.