[THE BIBLIO PRESS] MUHAMMAD NABI TERUNGGUL
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: THE BIBLIO PRESS
Penulis: SAYYID SULAIMAN NADVI
Buku ini merupakan paduan beberapa siri ceramah yang disampaikan oleh pengarang pada tahun 1925 di Madras, India (Khutbat-e-Madras).
Dalam ceramah-ceramah ini, pengarang secara jelas mempersembahkan riwayat hidup Nabi Muhammad kepada khalayak sebagai susuk sejarah yang wajar diteladani - bukanlah semata-mata model utopia - bagi seluruh umat manusia. Buku ini wajar dimiliki oleh semua penuntut ilmu dalam kehidupan beragama.
PETIKAN BAB 3: KESEJARAHAN
Sekarang mari kita lihat dengan lebih dekat pada biografi nabi agama Islam untuk melihat sejauh mana kisah hidupnya menepati empat kriteria yang telah saya kemukakan. Kriteria yang pertama adalah Kesejarahan.
Cara Islam memelihara bukan sekadar kisah kehidupan nabinya, tetapi juga segala perkara yang terkait walau sedikit pun dengan Baginda, merupakan sebuah keajaiban dari sudut sejarah. Mereka yang telah mewariskan, mengumpulkan, serta mengatur perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan serta lain-lain peristiwa yang ada dalam kehidupan nabi suci itu dikenali sebagai perawi, ahli hadis dan ahli biografi; mereka ini terdiri daripada para sahabat nabi, anak-anak mereka dan keturunan mereka - kumpulan ini adalah sarjana-sarjana yang hidup sehingga kurun keempat era Islam. Setelah kesemua bahan ini ditulis dengan tekun, perincian biografi para perawi itu, iaitu sejarah hidup dan sifat orang yang ada kaitan dengan penyampaian "riwayat" tentang nabi, juga ditulis.
Semua kompilasi lengkap yang mengandungi lebih kurang seratus ribu gambaran biografi perawi ini dikenali sebagai Asma-ur-Rijal. Dr A Springer, seorang ahli sarjana Jerman yang terkenal, yang dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kesusasteraan di Persatuan Benggala Asia (Bengal Asiatic Society) sehingga tahun 1854, dan yang telah menerbitkan buku Maghazi of Waqidi seperti yang disunting oleh Von Kremer pada tahun 1856, juga menerbitkan buku Al-Isabah fi Tarmizis Sahabah, sebuah koleksi biografi sahabat-sahabat Nabi oleh Hafiz Ibn Hajar. Dr A Sprenger mendakwa bahawa dia adalah orang Eropah pertama yang menulis Life of Muhammad dengan mengambil bahannya daripada sumber arab yang asli. Walaupun Dr A Sprenger telah menulis biografi Nabi dengan busuk hati dan dengan pandangan yang jahat, dia terpaksa mengakui dalam pendahuluan buku Isabahnya tentang kejayaan mengagumkan yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa berkaitan pensejarahan Muslim dengan kata-kata yang tertera.
"Keagungan sastera pengikut Muhammad adalah pada biogrfi sasterawannya. Tidak ada mana-mana bangsa, dan tidak pernah ada bagsa sebelum ini yang mencatat tentang kehidupan setiap sasterawan ketika kurun ke-12 seperti apa yang mereka ada. Sekiranya catatan biografi pengikut Muhammad itu dikumpulkan, kita mungkin akan mendapat laporan kehidupan setengah juta orang yang berbeza, dan akan kita dapati bahawa tidak ada satu dekad pun daripada sejarah mereka, dan tidak ada satu pun tempat penting yang terlepas daripada catatan mereka."