• the hollow needle.png
  • j_202207171649_0001 - Copy.jpg
  • yh_202207171649_0001 - Copy.jpg
  • photo_2022-08-04_11-55-51.jpg
  • photo_2022-08-04_11-55-34.jpg
  • photo_2022-08-04_11-55-23.jpg
1
DISCOUNT 15%

[PTS] ARSENE LUPIN - THE HOLLOW NEEDLE EDISI BAHASA MELAYU

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: PENERBIT X

Penulis: MAURICE LEBLANC 

Penterjemah: RASIDAH SALLEH


Arsene Lupin cedera parah selepas merompak kediaman Count de Gesvres di Ambrumesy. Mayatnya ditemukan oleh seorang pelajar pintar berusia 18 tahun bernama Isidore Beautrelet. Orang yang menembak, iaitu anak saudara Count de Gesvres bernama Raymonde kemudian diculik dan dibunuh. Inspektor Ganimard dan Herlock Sholmes yang dipanggil untuk menyiasat juga telah diculik, termasuk bapa  Isidore sendiri. Sementara itu, sekeping kertas lama yang mengandungi huruf, angka dan tanda-tanda pelik yang telah dijumpai di Ambrumesy menyebabkan Isidore ditikam.

Misteri di sebalik kejadian-kejadian berdarah dan aneh ini kemudiannya terbongkar. Ada suatu rahsia besar sedang diselindungkan - rahsia yang berusia beribu tahun melibatkan raja-raja dan pemerintah Perancis terdahulu - rahsia yang gagal menyelamatkan Marie Antoinette, dan juga menyebabkan Joan of Arc dibunuh. Apakah rahsia ini juga penyebab kematian Arsene Lupin? Dan mampukah Isidore Beautrelet membongkar rahsia ini demi menyelamatkan bapanya?


Kandungan


I Tembakan

II Isidore Beautrelet, Pelajar Tingkatan Enam

II Mayat

IV Bersemuka

V Mengekori Jejak

VI Rahsia Bersejarah

VII Perjanjian Jarum

VIII Dar Caesar ke Lupin

IX Silakan Buka!

X Harta Raja-Raja Perancis

Tinta Penterjemah


Tembakan


Raymonde memasang telinga. Bunyi itu berulang dua kali, jelas kedengaran dalam keheningan malam, namun agak sukar untuk dikenalpasti sama ada bunyi itu dekat ataupun jauh, sama ada di dalam istana kota itu, ataupun di luar, di lopak-lopak air yang keruh di taman.

Dia bangun perlahan-lahan. Tingkap biliknya yang separa terbuka ditolak seluas-luasnya. Cahaya bulan menerangi landskap laman dan belukar yang berada di belakang runtuhan biara lama yang hampir roboh, dengan tiang-tiang yang sudah patah, gerbang yang pecah, serpihan anjung dan penyangga yang bersepah di sana sini. Bayu lembut menyapa alam, meluncur perlahan-lahan melalui dahan-dahan pokok yang kaku, lalu menyentuh dan membuatkan daun-daun rumput yang kecil beralun-alun.

Tiba-tiba, dia mendengar bunyi yang sama itu semula. Bunyi itu datang dari arah kirinya, dari tingkat bawah, dari ruang tamu yang terletak di sayap kiri istana itu. Walaupun dia seorang gadis yang berani, namun ketika itu dia berasa gentar.

Dia menyarungkan pakaian tidurnya dan mengambil mancis.

"Raymonde... Raymonde!"

Satu suara perlahan yang hampir-hampir tidak kedengaran sedang memanggilnya dari bilik sebelah yang pintunya tidak ditutup. Raymonde meraba-raba dalam kegelapan menuju ke situ, tetapi tiba-tiba Suzanne, sepupunya, keluar dari bilik itu dan mereka berlanggar.

"Raymonde, kaukah itu? Kau dengar tak....?"

"Ya. Kau pun belum tidur?"

"Aku terjaga kerana bunyi anjing tadi. Tapi sekarang anjing itu sudah tidak menyalak. Sekarang pukul berapa?"

"Lebih kurang pukul empat."

"Dengar! Aku yakin, seseorang sedang berjalan di ruang tamu!"

"Tidak ada apa-apalah, Suzanne. Ayah kau ada di situ."

"Itu bermakna dia dalam bahaya. Biliknya di sebelah bilik tamu wanita."

"Tuan Daval pun ada di situ -"

"Tapi di hujung sebelah sana. Dia tentu tidak boleh dengar."

Mereka teragak-agak, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Perlukah mereka menjerit? Meminta tolong? Mereka tidak berani; mahu membuat sebarang bunyi pun mereka takut. Suzanne, yang kini sudah berada di tepi tingkap, memekup mulutnya untuk menahan jeritan.

"Lihat! Ada lelaki! Dekat dengan pancuran!"

Seorang lelaki sedang berjalan pergi dengan pantas. Dia mengepit sesuatu yang besar di tangannya, tetapi mereka tidak dapat melihat apakah benda itu; ia melanggar-langgar kakinya dan membelok menghala ke sebuah pintu kecil di tembok. Pintu itu pasti sudah terbuka, kerana lelaki itu tiba-tiba hilang daripada pandangan mereka dan mereka tidak mendengar bunyi engsel pintu itu yang biasanya berkeriut.

"Dia datang dari ruang tamu," bisik Suzanne.

"Tidak, di situ ada tangga dan ruang depan, jadi dia tentu dari kawasan yang lebih ke sebelah kiri. Kecuali-"

Idea yang sama menerjah mereka berdua. Mereka menjenguk ke luar. Di bawah mereka, sebatang tangga tersandar di bahagian istana, hujungnya mencecah tingkat satu. Ada cahaya samar menerangi balkoni batu itu. Dan seorang lagi lelaki, yang juga sedang membawa sesuatu, melangkahi kekisi balkoni, meluncur menuruni tangga dan berlari pergi menggunakan jalan yang sama seperti lelaki sebelumnya.