[PATRIOTS PUBLICATION] SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS
- Regular price
- RM 33.00
- Sale price
- RM 33.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: PATRIOTS PUBLICATIONS
Penulis: ASIF A. KHUSHAINI
Diberikan peraturan. Peraturan yang diguna pakai di satu tanah jajahan. Tanah jajahan yang diberi peluang untuk jiwa-jiwa menghuninya. Dengan peraturan ini, kekal cantik sekaliannya. Taman yang di bawahnya mengalirnya sungai. Matahari tiba dan pergi. Lahir, hidup dan mati. Tetapi jiwa-jiwa ini melalui plot-plot cerita.
Plot-plot cerita yang asal daripada sebab dan akibat, yang dilaluinya dengan penuh emosi, keazaman dan tindakan. Berbolak-balik rasanya. Akibatnya, tiga daripada jiwa-jiwa ini ambil dua daripada satu yang sepatutnya. Dibunuh pula unta betina sambil bersorak gembira. Katanya itu hak. Hak yang daripadanya diciptakan piagam.
Sebagai usaha untuk menampal pelosok kapal yang bocor tidak hentinya. Kenapa lupa? Lupa ruangan vektor itu adalah mereka. Apa yang di dalamnya tensor. Walau infiniti banyaknya, wujud satu metrik menyeragamkan semua. Menjadi satu peraturan. Peraturan objective reality, peraturan causality. Peraturan yang terpakai atas jajahan manifold Pseudo-Riemannian bergelar spacetime.
Ya, spacetime. Sebuah novel yang dalamnya telah tertulis dari awalnya.
LANGIT KETIGA - Keseimbangan
Apa yang sebenarnya yang mengawal dunia? Duit? Oligarch? Ahli politik? Iluminati? La costa nostra? Tidak! Itu hanyalah kesan, terbitan. Habis itu?
DOPAMINE
Itu yang mengwal dunia. Mengawal kau, mengawal aku, mengawal Fazim, mengawal Aminah, Fakhrul, Joceline, Ploy, Along dan segala macam manusia waras yang lain. Otak kita umpama kementerian yang di dalamnya terdapat jabatan-jabatan atau bahagian-bahagian (departments). Jika kau mempunyai masalah A, kau rujuk kepada kementerian itu (melalui talian umumnya), kau akan dirujuk, didirectkan kepada sesuatu jabatan yang khas untuk menjawab permasalahan A kau itu. Jika Fazim pula mempunyai pertanyaan B, dia akan dirujuk kepada satu jabatan lain pula. Perkara ini menunjukkan yang terdapat carta alir, proses di kementerian tersebut untuk entertain, melayan setiap masalah, isu, pertanyaan berkaitan dan setiap daripada aliran tersebut wujud interaksi antara pekerja-pekerja seperti daripada receptionist, kepada pembantu pegawai tadbir, kepada pegawai tadbir, kepada setiausaha bahagian dan sebagainya. Di dalam otak, pekerja-pekerja itu adalah sel yang bernama neuron. Tetapi berbeza dengan manusia yang bercakap, melalui teks, melalui pendangan sebagai isyarat-isyarat komunikasi, neuron-neuron ini berinteraksi dengan dua cara, iaitu dengan isyarat elektrik dan isyarat kimia. Isyarat kimia tersebut digelar sebagai Neutrotransmitter dan sepertimana bahasa yang mempunyai banyak perkataan untuk mengekspreskan interaksi-interaksi berkaitan, salah satu Neutrotransmitter dikenali sebagai Dopamine. Dopamine diberi dan diterima oleh neuron-neuron melalui pelbagai jenis interaksi dan salah satu interaksinya adalah ganjaran dan perasaan. Tetapi, berbeza dengan apa yang kebanyakan kita fikirkan, dopamine ini bukanlah ganjaran. Dopamine bukan sesuatu yang kau inginkan sesuatu. Otak mempunyai pelbagai bahan dan salah satu bahagian yang memounyai kepekatan dopamine yang tinggi adalah di bahagian tengah otak yang dinamakan sebagao Ventral Tegmentak Area (VTA) dan VTA ini terhubung dengan beberapa bahagian lain. Antaranya adalah bahagian yang dinamakan sebagai Nucleus Accumbens (NA) dan Amygdala. Hubungan VTA, NA, Amygdala (dan beberapa bahagian lain) dinamakan sebagai Mesolimbic Pathway. NA adalah "jabatan" di otak yang bertanggungjawab membuatkan seseorang itu berasa puas, iaitu berkenan dengan ganjaran, manakala Amygdala adalah "jabatan" yang bertanggungjawab memproses emosi dan perasaan.
Kau lapar di satu tengah hari kerana dari pagi tidak makan. Akibat daripada itu, kau terbayang ayam panas berempah di restoran tingkat bawah dan rasa kenyang yang bakal kau peroleh bila kau makan makanan tersebut. Kekenyangan itu adalah ganjaran dan bayangan itu adalah dipicu oleh NA. Bayangan itu juga membuatkan kau menjangkakan perasaan selepas makan, iaitu perasaan gembira, puas. Perasaan yang timbul itu akibat daripada Amygdala yang terhubung dengan NA. Tetapi membayang sahaja tidak dapat menghilangkan kelaparan. Kau perlu bangun dan turun ke bawah ke restoran tersebut. NA dan AMygdala terhubung dengan VTA, akibatnya dopamine direnjiskan dan renjisan itu adalah usaha otak untuk memaksa kau pergi merealisasikan bayangan ganjaran dan jangkaan perasaan itu. Dopamine membuatkan kau terliur dan sewaktu mendapat kunyahan pertama, masuk sahaja makanan ke dalam mulut kau, renjisan dopamine itu berkurangan dan akhirnya terhenti. Ingat ketika kau di bazar Ramadan? Disebabkan dopamine memotivasikan kau untuk mencuba sesuatu yang