[MUSTREAD] SOMETHING IS MISSING - KAMARUDDIN ISMAIL
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Terbitan: MUSTREAD
Penulis: KAMARUDDIN ISMAIL
Apakah kayu pengukur kejayaan dalam hidup seorang hamba Allah di dunia ini?
Kemewahan wang ringgit?
Kejayaan dalam pelajaran?
Kerjaya berjawatan tinggi?
Sentiasa peka dengan arus teknologi?
Itu sahaja?
Atau ada sesuatu yang telah kita lupa?
AWAL KEGAGALAN
Jam di kereta menunjukkan pukul 6.30 petang. Suasana jalan raya agak berdebu. Projek untuk membesarkan jalan sedang giat dijalankan. Saya berjanji untuk bertemu dengan Ustaz Malik. Siaran radio di dalam kereta berkumandang kuliah Ustaz Saad.
"Apabila kita dipuji oleh seseorang, jawapan balas yang paling mudah adalah haazaminfadhlirobbi (Ini kurniaan daripada Allah SWT). Kita kembalikan pujian itu kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT yang layak dipuji. Ini penting supaya hati kita terpelihara daripada sifat riyak, ujub dan berasa hebat."
'Ini kurniaan daripada Allah SWT,' bisik hati kecilku sambil membayangkan rasa syukur kerana mampu menulis dua buah buku motivasi dan sudah diterbitkan ke seluruh Malaysia. Buku yang pertama berjudul Sila Clorox dan kedua berjudul Cup! Pinjam 5 Minit, Boleh.
Apabila tiba, jemaah surau sudah penuh. Biasanya, pada malam Rabu kehadiran jemaah sangat menggalakkan. Kuliah Ustaz Malik memang menjadi tumpuan ramai. Kitab yang digunakannya adalah Kitab Penawar Hati. Kupasannya cukup bagus sambil diselit dengan contoh-contoh dalam kehidupan.
"Awal kegagalan adalah apabila kita meyakini dan mengatakan bahawa segala kejayaan dan kelebihan yang kita miliki adalah semata-mata kerana usaha kita sendiri. Jangan terperangkap ke dalam fitnah besar ini." nasihat Ustaz Malik ringkas tapi padat.
Ustaz Malik, seorang ustaz yang mendapat pendidikan pondok di Indonesia. Luas ilmunya terutamanya dalam bidang tasawuf dan dakwah.
"Tanamkan dalam hati bahawa apa jua nikmat yang kita perolehi adalah daripada Allah SWT. Apa jua kejayaan dan kelebihan yang sedang kita kecapi adalah kurniaan daripada Allah SWT. Apa tidaknya? Jika kita pandai, otak yang kita gunakan itu adalah pinjaman daripada Allah SWT. Kaki yang kita gunakan untuk berjalan mencari ilmu adalah Allah SWT. Inilah asas terpenting yang perlu ditanamkan dalam diri terutamanya kepada penuntut ilmu," Ustaz Malik mengupas dengan lebih mendalam mukadimah awalnya tadi.
Air kopi yang berada di depannya masih belum disentuh. Jemaah masjid biasanya akan berehat sekejap di beranda masjid selepas solat isyak. Biasanya AJK masjid akan menghidangkan kopi segar dan beberapa keping biskut kering.
"Cikgu, inilah yang perlu diajar dan ditanamkan ke dalam diri pelajar. Pentingnya kefahaman dan keyakinan ini dimasukkan ke dalam diri pelajar kita," Ustaz Malik bersuara sambil merenung tepat ke wajahku. Daripada raut wajahnya, aku dapat rasakan betapa pentingnya mesej yang hendak disampaikan.