• rumah
  • qq_202302191601_0001
  • photo_2023-02-21_16-27-27
  • ww_202302191601_0001
  • photo_2023-02-21_16-27-28 (3)
  • photo_2023-02-21_16-27-28 (2)
  • photo_2023-02-21_16-27-28
  • photo_2023-02-21_16-27-29 (2)
1
SALE

[MUSTREAD] RUMAH YANG BERKAT MEMBAWA RAHMAT

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: USTAZ MOHD HARIRI, USTAZ MOHD ZARIFI & USTAZ MOHD IHSAN


PETIKAN BAB 2

MASUK KE RUMAH DENGAN MEMBERI SALAM


Salah satu adab dan menjemput nikmat keberkatan di dalam rumah adalah dengan membudayakan memberi salam apabila masuk ke dalam rumah. Ucapan salam bukan sahaja untuk orang yang berada di dalam rumah, namun jika sudah pasti tiada orang di dalam rumah pun digalakkan untuk memberi salam. Ucapan salam memberi makna yang sangat mendalam. Bukan sekadar mengeratkan hubungan kasih sayang, namun sebenarnya kita telah menyebut nama Allah iaitu As-salam.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)."

(Surah an-Nur 24: ayat 27)


Selain itu, ucapan salam adalah ucapan mendoakan keamanan dan keselamatan kepada tuan rumah. Ia memberi makna apabila tetamu datang, memulakan bicara dengan memberi salam bererti tetamu datang dengan kasih sayang, kemananan dan bukan permusuhan. Memberi salam adalah sunnah Nabi Muhammad SAW, manakala menjawab salam adalah wajib.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim terhadap Muslim ada enam perkara. Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya. Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. Apabila dia minta nasihat, berilah nasihat. Apabila dia bersin lalu dia mengucapkan tahmid, doakanlah dia beroleh rahmat. Apabila dia sakit, ziarahlah dia dan apabila dia meninggal dunia, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur."

(Riwayat al-Bukhari)


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu."

(Surah an-Nisa' 4: ayat 86)


Sesetengah orang menganggap memberi salam tidak bernilai, membebankan atau dengan memberi salam menurunkan darjat seseorang. Sedangkan Rasulullah SAW banyak memberi salam. Kenapa kita harus malu dan berasa rendah diri?

Rasulullah SAW memberi salam di semua tempat dan kepada semua orang sama ada dewasa, remaja dan kanak-kanak. Ramai para sahabat menyifatkan cara Rasulullah SAW memberi salam sebagai ucapan yang didengari oleh orang yang berjaga dan tidak mengejutkan orang yang sedang tidur. Ini menunjukkan kelembutan dan ketenangan Baginda ketika memberi salam. Jangan sesekali menjerit-jerit atau memekik-mekik di depan rumah untuk memberi salam.