• geng masjid
  • ww_202302191601_0001 - Copy
  • qq_202302191601_0001 - Copy
  • photo_2023-02-23_09-33-53
  • photo_2023-02-23_09-33-53 (2)
  • photo_2023-02-23_09-33-52
1
SALE

[MUSTREAD] GENG MASJID - SEKUEL BUKU KAKI MASJID

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MUSTREAD

Penulis: HISHAM AR


Musuh utama kita adalah kejahilan,
maka jihad kita adalah keluar daripada
kepompong kejahilan ini dengan menuntut
ilmu dan rajin hadir ke majlis ilmu.


PETIKAN BAB 14 - LATIH DIRI DENGAN SIFAT HAMBA


Sujud dalam solat berjemaah iaitu meletak kepala yang paling mulia ke tanah dekat tapak kaki orang di depan, iaitu pelakuan hina membuang segala ego yang ada demi kerana Allah. Dan hanya Allah yang akan memberi markahnya. Ikhlas kerana Allah. Mendidik hati sebagai sifat hamba yang semakin berilmu semakin tunduk kepada Allah.

Kedudukan dan pangkat bukannya satu kelebihan, tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab besar. Masing-masing takutkan dosa lantas begitu berhati-hati dalam menjalankan amanah. Solat berjemaah melatih diri mematuhi arahan ketua. Ketua yang salah boleh ditegur dengan teguran yang berhemah dalam suasana yang harmoni. Bersatu teguh di dalam saf yang sama-sama diluruskan tumit ke tumit bahu ke bahu.

Solat melatih kita fokus. Semoga kita turut fokus dalam pekerjaan dan tugasan yang lain. Anak dilatih untuk solat semenjak usia tujuh tahun lagi, melatih supaya fokus. Jika berjaya mendidik anak untuk fokus dan khusyuk dalam solat semenjak kecil lagi, maka insya-Allah anak-anak ini akan mudah dibawa masuk majlis dan akan mudah terkawal akhlak walaupun tanpa penyeliaan. Lahirlah anak yang ada integriti.

Solat dipenuhi dengan doa. Sehinggakan solat diakhiri dengan memberi salam, pengucapan doa kepada orang lain untuk sejahtera dan bahagia. Alangkah indah kalau kita dapat mendoakan orang lain tanpa pengetahuannya. Dapat doakan orang yang paling jahat atau paling kita benci supaya mudah-mudahan dia berubah menjadi baik. Jika dia berubah menjadi baik, kita pun dapat saham kebaikan sama.

Kalau ada masalah di ofis, maka tadahlah tangan dan berdoa memohon pertolongan merayu belas ihsan Allah. Bukankah Allah sangat suka dan ternanti-nanti hamba-Nya untuk berdoa kepada Nya dalam setiap keadaan? Solat yang baik akan membuahkan rasa jijik untuk berbuat dosa. Maka benarlah solat bisa mencegah maksiat.

Semua yang Allah cipatakan ada objektifnya. Ibadah puasa objektifnya untuk melahirkan insan bertakwa. Manusia yang takut kepada Allah akan mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Objektif puasa itu bukan untuk berdiet atau berjimat. Sesiapa yang puasa 30 hari pada bulan Ramadan dan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah berpuasa selama setahun 360 hari (mengikut pengiraan tahun Islam), iaitu 10 ganjaran pahala puasa bagi setiap hari puasa.

Maka lahirlah manusia berintegriti yang berpuasa dan mengawal segala pancaindera untuk peka kepada perintah Allah sepanjang tahun. Hebat pakej Islam ini. Konsep integriti dijelmakan dalam ibadah puasa. Pahala setahun untuk integriti setahun. Semoga hidup kita terus berintegriti apabila kita ada gambaran jelas tentang hidup melalui big picture pakej Islam yang syumul ini.