• ZA- BUKU BARU BC(56)
  • ZA- BUKU BARU BC(55)
  • 9789838222761
1
ANY 2 @ 20% OFF

[SMO] [FAJAR PAKEER] - BILA LELAKI MENCINTAI - 9789838222761

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

[FAJAR PAKEER] - BILA LELAKI MENCINTAI


Cinta adalah lagu yang tidak pernah berakhir. Sejauh mana cinta itu mampu melindungi dan setinggi mana cinta seorang lelaki itu hanya kepada seorang wanita? Peritnya menunggu, sakitnya bersabar.  Itulah kekuatan untuk mencintai seseorang.

Namun, kadang-kala sebuah kegilaaan menjadi satu halusinasi yang menjerumus kepada obsesi. Obsesi ialah kegilaan untuk memiliki, manakala cinta pula kekuatan. Kekuatan untuk berjuang dan berkorban apa saja demi seseorang yang kita cintai. Athifa Qaila, wanita polos yang hanya mendambakan cinta seorang Jiyad Umar.

Tetapi, sayangnya kasih sayangnya dikhianati. Jiwanya didera dan nyawanya sentiasa dalam bahaya. Izzet Emiir hanyalah lelaki biasa yang cuba melupakan rasa cinta setelah wanita kesayangannya dimiliki orang lain. Namun, bila Athifa Qaila itu disakiti, dikhianati serta dilukai, dia menjadi lelaki pertama yang sentiasa ada untuk wanita itu.  

Sebaliknya, tidak semudah yang disangka kerana Emiir harus bijak berlawan dengan obsesi Dini Farhana yang menggila.  

“Bila lelaki jatuh cinta, azam dan kekuatan untuk melindungi orang yang tersayang akan melebihi segala-galanya. Dan percayalah… orang seperti you takkan mampu merosakkan kekuatan cinta tu.” - Izzet Emiir

“Argh, cinta itu pasti tidak setanding obsesi untuk memiliki dan dia akan pastikan dirinya memiliki apa saja kepunyaan Athifa Qaila. Harta cinta dan segala-galanya!” – Dini Farhana

“Akhirnya, kau tetap akan jadi manusia loser yang cuba nak capai bintang di langit, tapi hanya lumpur yang akan kekal dekat badan kau tu. Busuk dan kotor!” – Athifa Qaila

Jiyad dan Dini yang selama ini membesar bersama, akhirnya hanyut atas nama obsesi manakala Emiir dan juga Athifa yang sudah bertahun-tahun berkawan, namun tak mampu menafikan tentang perasaan cinta antara mereka.

Benarkah kata orang, di antara lelaki dan wanita itu ada satu magnet yang akan berada di tengah-tengah dan pada akhirnya pasti akan menarik salah seorang untuk jatuh cinta? Apakah sebenarnya yang dimahukan dalam hidup ini?  Adakah kenikmatan melihat kesengsaraan orang lain atau kepuasan ego yang melangit? Ini bukan tentang kesetiaan, tapi tentang pengorbanan. Mencintainya bukanlah sebuah kesalahan, tapi sebuah pelajaran.

“He wants me more than he needs you...”