• rindunya nak travel
  • photo_2022-08-22_16-59-34
  • photo_2022-08-22_16-59-33 (3)
  • photo_2022-08-22_16-59-33 (2)
  • photo_2022-08-22_16-59-33
  • photo_2022-08-22_16-59-32 (4)
1
ANY 2 @ 20% OFF

TEROKA SAINS #4 - RINDUNYA NAK TRAVEL

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: TEROKA SAINS

Penulis: WAN FAHMI, PhD & NUR ANNIES, PhD


ERTI TRAVEL TEROKA SAINS

Teroka Sains 4: Rindunya Nak Travel membawa ada mengembara ke 74 buah negara di dunia dan meneroka pelbagai keindahan alam ciptaan Tuhan yang pasti membuatkan anda teruja dan takjub dengan setiap helaian naskhah ini.


TASIK OBOR-OBOR DI PALAU

Negara Palau terkenal dengan Tasik Obor-Obor yang dihuni kira-kira 5 juta ekor obor-obor emas. Terlalu banyak! Saiz obor-obor ini sangat kecil iaitu 5 inci sahaja. Obor-obor ini menghabiskan harinya dengan berenang mengikut arah Matahari kerana haiwan ini perlukan cahaya untuk kelangsungan hidup.


PULAU MENAKJUBKAN

Kepulauan Rock yang terletak di Palau ini terdiri daripada 445 pulau batu kapur yang diliputi hutan dan tidak berpenghuni. Uniknya, kebanyakan pulau disini berbentuk seperti cendawan. Kepulauan ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012. Sangat unik dan luar biasa pemandangan dari udara. Cantik!


BUNGA IRIS HITAM JORDAN

Bunga yang sangat jarang dijumpai dan endemik di negara Jordan. Iris nigricans adalah nama saintifik bagi bunga iris hitam yang menjadi bunga kebangsaan negara Jordan. Bunga ini mempunyai campuran warna hitam keunguan mejadikannya sangat cantik!


LAUT MATI DI JORDAN

Laut Mati sebenarnya bukan laut, tapi adalah sebuah tasik yang berada 429 meter di bawah paras laut menjadikannya tempat yang paling rendah di dunia.

Kandungan garam di Laut Mati adalah sangat tinggi iaitu 8.6 kali ganda berbanding dengan air laut. Kandungan garam yang tinggi ini menyebabkan anda sangat mudah terapung dan tidak tenggelam. Tiada tumbuhan, ikan atau sebarang hidupan lain yang boleh dilihat hidup disini.


FONUAFO'OU DI TONGA - GUNUNG BERAPI BAWAH LAUT

Fonuafo'ou bermaksud Tanah Baru dalam bahasa Tonga telah "hilang" dari negara Tonga. Ini kerana gunung berapi ini pada awal ditemui merupakan sebuah pulau tetapi telah berlaku beberapa siri letusan gunung berapi menyebabkannya tenggelam sepenuhnya dan kini berada 17 meter di bawah aras laut!


GUNUNG BERAPI MAYON FILIPINA

Terletak di Pulau Luzon, Filipina. Gunung berapi Mayon terkenal kerana mempunyai bentuk kon yang HAMPIR SEMPURNA di dunia. Fakta yang sangat mengujakan! Gunung berapi ini adalah antara yang paling aktif di negara Filipina.


NEGARA TERBESAR DI DUNIA RUSIA

Sebagai negara terbesar di dunia, di mana satu per sepuluh daripada tanah di Bumi adalah negara Rusia. Negara Rusia merentasi 11 zon waktu dan juga merentasi dua benua iaitu Benua Eropah dan Benua Asia. Rusia juga mempunyai pantai di tiga lautan iaitu Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Artik.


THAILAND - BATU YANG UNIK

Terdapat satu tiang batu kapur yang menjulang tinggi di Phang Nga Bay, Phuket iaitu Koh Tapu. Batuan ini mempunyai tinggi 20 meter dengan diameter empat meter di bahagian bawah dan lapan meter di bahagian atas. Koh Tapu terbentuk kira-kira 280 juta tahun dahulu.


ULURU - BATU GERGASI DI AUSTRALIA YANG SANGAT MENAKJUBKAN!

Uluru terletak di Taman Negara Uluru-Kota Tjuta. Uluru memiliki ketinggian 348 meter dari atas tanah, lebih tinggi daripada Menara Eiffel di Paris. Batu yang terbentuk kira-kira 500 juta yang lampau ini dijaga oleh orang asli Anangu.


FAKTA MENARIK TENTANG SWEDEN

Negara yang mempunyai bilangan pulau terbanyak di dunia. Sweden mempunyai lebih 200,000 buah pulau. Tetapi kurang 1000 buah pulau sahaja berpenghuni. Pasti menarik jika dapat ke sana.


NEPAL

Satu-satunya bendera kebangsaan di dunia yang tidak berbentuk segi empat. Bendera Nepal berbentuk dua segi tiga.

Himalaya ialah banjaran gunung tertinggi di dunia dengan Gunung Everest sebagai puncak tertingginya. Gunung Everest mempunyai ketinggian 8848.86 meter dari aras laut.

Gunung Everest menjadi lebih tinggi sebanyak suku inci setiap tahun disebabkan oleh aktiviti geologi Bumi.


HARIMAU BINTANG SALJI

Haiwan yang banyak ditemui di pergunungan Himalaya, Nepal

Harimau bintang salji mempunyai kaki yang sangat kuat dan pelompat yang hebat, mampu melompat sejauh 50 kaki. Haiwan ini menggunakan ekornya yang panjang untuk keseimbangan dan sebagai selimut untuk menutup bahagian badan yang sensitif terhadap kesejukan yang teruk. Harimau bintang salji ini adalah haiwan yang pemalu.


GUNUNG CHIMBORAZO DI ECUADOR

Puncak Chimborazo adalah 6,263 meter di atas aras laut. Walau bagaimanapun, disebabkan kedudukannya di bonjolan Bumi, puncak Chimborazo adalah 2,072 meter lebih jauh dari pusat Bumi berbanding puncak Everest. Ini menjadikan Chimborazo titik di Bumi paling dekat dengan angkasa!


NEW ZEALAND

Tasik Biru atau dikenali juga dengan nama Rotomairewhenua dalam Bahasa Maori

Merupakan tasik air tawar paling jernih di dunia dengan kejelasan yang melampau sehingga 80 meter. Sangat menakjubkan!


GUA AIS TERBESAR DI DUNIA

Eisriesenwelt yang terletak di Austria ini merupakan gua ais terbesar di dunia. Gua ini mempunyai kedalaman yang menjangkau 42 kilometer. Suhu di dalam gua ini adalah di bawah takat beku, sangat sejuk! Pemandangan ais di dalamnya sangat cantik dan menakjubkan!