• takluki
  • bv_202305031531_0001
  • manes2
  • photo_2023-05-07_14-19-02
  • photo_2023-05-07_14-19-01
1
ANY 2 @ 15% OFF

[MANES WORDWORKS] TAKLUKI DIA - ASUNNARAA

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | SMOBookstores Online
Secure payments
Authentic products | SMOBookstores Online
Authentic products

Terbitan: MANES WORDWORKS

Penulis: ASUNNARAA


Cinta pandang pertama? Perigi mencari timba? Semuanya, Arfabella redah sahaja. Dia nekad menjalankan misi memikat hati Falliq Dhaffa.
 
Benarkah si dia – lelaki dingin yang hatinya kebal tika berdepan dengan gadis manja seperti Arfabella? Hmmm... bohonglah andai Falliq Dhaffa tidak tercuit dengan tingkah laku selamba Arfabella!
 
Lalu, tiga syarat diberi andai benar Arfabella mahukan dirinya sebagai suami.

✓ Rule number one, kurangkan cemburu dan lebihkan kepercayaan.
✓ Rule number two, memaafkan dan dimaafkan.
✓ Rule number three, memberi dan menerima.
 
Pada saat Falliq Dhaffa menyerah untuk meraih kepercayaan Arfabella, ikatan mereka benar-benar diuji. Tiada lagi Arfabella yang sarat dengan cinta. Yang ada, hanyalah luka dan derita!
 
“Hati abang dan hati Bella, akan bersatu sampai mati. Janji, ikat sampai syurga. Bella ingat, kan?” – Falliq

“Tapi, masih ada ke arah syurga buat kita berdua... dan bersama-sama melangkah ke sana?” – Bella
 
Andai suatu hari nanti tangan itu kembali menghulur, masih adakah tangan yang menyambutnya? Akan adakah tangan yang bakal menggenggam, tangan yang bakal menarik; dan tangan yang bakal bertaut kembali untuk selamanya?


PETIKAN BAB 16


ENTAH mengapa hari ini Falliq Shaffa terlewat bangun daripada tidur. Kebiasaannya selepas menunaikan solat subuh, suaminya pasti akan joging di taman perumahan mereka.

Arfabella mendekati katil. Dia sudah bersiap-siap untuk ke kafe milik Datin Azwa. Sudah lama tidak menjengah di situ, rindu! Semenjak bergelar seorang isteri, mom menghalangnya untuk terus bekerja. Dia diarahkan untuk duduk di rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

"Abang, tak nak pergi kerja, ke?" Tangannya cuba menarik comforter yang membaluti tubuh Falliq Dhaffa sehingga menutup kepala, namun tidak berjaya.

"Abang, bangunlah... sejak bila abang malas nak pergi pejabat ni?" Dia menepuk lembut badan Falliq Dhaffa di sebalik comforter. Jam pemberian suaminya dahulu dilirik sekilas.

"You're late, abang. Dah pukul 8.59 pagi." Kali ini dia merentap comforter putih itu dan Falliq Dhaffa kelihatan sedang mengerekot kesejukan.

"Eh, abang?" Dia mengusap kepala Falliq Dhaffa dan tangannya dialihkan drastik apabila terasa haba panas. Falliq Dhaffa demam!

"Bagi balik comforter..." Suara Falliq Dhaffa yang berubah serak itu menggamit perasaan risau di hati Arfabella. Macam mana ni? Dia tak pernah uruskan orang sakit.

"B.. Bella.. abang sejuklah. Nak comforter..." rengek Falliq Dhaffa, persis anak kecil. Dengan mata yang terpejam, dia menggagau mencari comforter tebal itu.

"Abang, buka mata sekejap..." Arfabella mengelus rambut suaminya.

"Hmm..." Hanya sipi-sipi saja kelopak matanya dibuka.

"Abang jangan sambung tidur, tau. Tunggu sekejap." Baru Arfabella berura-ura hendak mengambil telefon pintarnya di atas meja solek, lengannya disauk. 

"Nak pergi mana? Duduk ajelah sini... abang tak larat." Falliq Dhaffa kembali memejamkan mata. Dia sudah berselubung kembali dalam comforter. Baru selesa sedikit.

"Sekejap je." Arfabella bergegas mencapai telefon pintarnya. Nombor mom dicari. Tak lama kemudian, panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, mom!"

"Waalaikumussalam, kenapa ni? Ha, lambatnya Bella datang."

Arfabella menggaru kepalanya, sebelum